ARKIB

KATEGORI

Rencana

MESTI BACA : Enam sebab mengapa ‘tikar kereta anti bakteria’ TRAPO Classic Mark II wajib ada dalam kereta anda

Advertorial

Views

Sebenarnya memang dah lama penulis ‘mengidam’ untuk mendapatkan tikar kereta anti bakteria TRAPO Classic Mark II. Apabila dihubungi oleh pihak TRAPO Malaysia untuk ‘menguji cuba’ produk tersebut, ia ibarat seperti “pucuk dicita, ulam mendatang”. Inilah peluang terbaik buat penulis untuk mengetahui apa kelebihan yang ada pada tikar kereta buatan tempatan yang dikilangkan di Melaka itu.

Setelah beberapa hari menggunakannya, penulis mendapati TRAPO Classic Mark II merupakan produk yang terbaik dan sangat-sangat berpuas hati. Produk ini berjaya mengubah ruang kabin kereta menjadi lebih kemas, bersih dan nampak lebih mewah. Kalau lah penulis tahu dari awal, memang tak pandang yang jenis lain lagi dah!

Ini enam sebab mengapa penulis sangat suka dengan TRAPO Classic Mark II dan mengapa ia ‘wajib ada’ dalam kereta anda:

1. Reka bentuk yang memikat

Sekali pandang penulis terus terpikat dengan reka bentuk TRAPO Classic Mark II yang moden dan nampak mewah. Penulis suka dengan gaya rekaan jejaring seperti kuih ‘Waffle‘ yang bukan sahaja kemas, malah ia tidak nampak seperti tikar kereta yang lazim kita lihat di pasaran. Pilihan kombinasi warna yang ditawarkan juga menarik dan pasti kena dengan selera anda.

Anda boleh memilih warna mengikut kesesuaian ruang kabin, contohnya jika ruang kabin kereta anda gelap, anda disyorkan untuk memilih warna asas hitam. Jika ruang kabin kereta cerah, anda disarankan untuk memilih warna asas kelabu. Namun ia terpulang kepada anda, “tepuk dada tanya selera”. Selain itu, anda boleh memilih jejalur bingkai tikar dengan empat pilihan warna antaranya hitam, kelabu, biru dan merah.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

2. Sangat praktikal

Ini perkara yang sangat penulis suka tentang TRAPO Classic Mark II, ia sangat praktikal dan mudah untuk dipasang (boleh pasang sendiri jer). Lebih-lebih lagi ia dibuat khusus mengikut model kereta anda, jadi ukuran saiznya sangat tepat dan ia juga ‘sangat ringan’, tidak berat seperti tikar jenis PVC biasa.

Rekaan berbentuk jejaringnya itu juga bukan sahaja sedap mata memandang, bahkan ia sangat berkesan untuk memerangkap kotoran seperti pasir, tanah, sisa habuk makanan, tumpahan air minuman dan sebagainya. Kotoran yang terperangkap ini juga amat mudah untuk dibersihkan.

Anda tidak perlu risau kerana terdapat lebih daripada 700 model kereta yang ada dalam senarai TRAPO dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Tidak kiralah apa jua jenis kereta anda, sama ada sedan, SUV, MPV mahupun kenderaan continental, pasukan pakar dari TRAPO akan mengukur dan menghasilkan tikar yang sesuai untuk kereta anda.

3. Kualiti yang terbaik

Memang tidak dinafikan TRAPO Classic Mark II adalah produk yang sangat berkualiti tinggi. Ia lembut bila dipijak dan permukaannya juga tidak terasa kasar seperti tikar PVC. Untuk generasi kedua tikar ini, TRAPO telah menaik taraf teknologi pelekat velcronya yang kini lebih lembut untuk tapak lantai kereta dan yang paling penting ia melekat dengan lebih kuat.

Jadi, ia tidak akan mudah tertanggal atau menggelungsur seperti tikar PVC yang boleh ‘mengancam nyawa’ kita semasa memandu. Sejak menggunakan produk ini, penulis rasa lebih selesa dan lebih yakin ketika memandu kerana tahu tikar itu akan terus kekal melekat di lantai.

Selain itu, TRAPO kini telah meningkatkan ketahanan tikar kereta keluarannya sebanyak tiga (3) kali ganda lebih lasak berbanding versi sebelumnya. Menurut TRAPO, produk keluaran mereka ini telah menjalani ujian di makmal lelasan, sama seperti yang dilakukan oleh jenama kasut terkenal!

Jadi anda tidak perlu risau kerana ia pasti akan tahan lebih lama.

4. Sangat mudah untuk dibersihkan

Sebelum penulis mencuba produk ini, penulis hanya menggunakan tikar kereta PVC biasa yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta. Memang ia memerangkap kotoran namun ‘sangat leceh’ untuk dibersihkan kerana rekaannya yang berserabut.

Paling ‘sakit hati’ apabila pulang dari ‘melepak’ atau berkelah di tepi pantai kerana itu antara destinasi yang kerap juga dikunjungi kerana ia berhampiran dengan lokasi kediaman penulis. Baru-baru ini penulis telah membawa TRAPO Classic Mark II ke pantai untuk menguji keberkesanannya.

Sengaja penulis tabur dengan pasir untuk melihat sejauh mana ia memerangkapnya dan penulis hanya perlu tepuk-tepuk sahaja pada tikar tersebut untuk membuang segala pasir yang ada. Tidak perlu lagi cari tiang pagar ke mahupun pokok untuk menepuk tikar bagi membuang apa yang terlekat.

Jika ada sisa kotoran seperti tumpahan air atau tanah, anda hanya perlu semburkan sahaja dengan air paip untuk menanggalkannya. Jangan risau kerana ia kalis air dan boleh dicuci. Untuk menjemurnya, anda cuma perlu menyidainya di bawah kawasan teduh berbumbung dan biarkannya kering dengan sendiri. Mudah bukan?

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

5. Selamat

Apa yang pasti TRAPO Classic Mark II sememangnya selamat untuk digunakan kerana ia merupakan tikar kereta yang pertama di Malaysia yang menyingkirkan 99.9 peratus bakteria dengan menggunakan teknologi Backtekiller dari Jepun.

Kebetulan pula dengan musim pandemik COVID-19, ia sedikit-sebanyak membantu anda untuk memastikan kebersihan dalam kereta berada pada tahap maksima. Tikar ini juga langsung tiada bau seperti tikar PVC dan ia boleh dikitar semula. Ini sekali gus membantu anda memelihara alam sekitar.

6. Alah membeli, menang memakai

TRAPO Classic Mark II merupakan produk yang ‘mampu milik’ kerana ia didatangkan dengan pakej lengkap yang merangkumi 1 unit tikar tempat duduk bahagian pemandu, 1 lapik tapak tikar tempat duduk bahagian pemandu, 1 unit tikar tempat duduk penumpang hadapan dan 3 unit tikar di bahagian tempat duduk belakang.

Selain itu, anda boleh juga mendapatkan 1 unit tikar but belakang sebagai pilihan. Harga yang ditawarkan bermula dari RM219.90 dan ia didatangkan dengan jaminan selama setahun. Memang sangat berbaloi dengan kualiti produk, bak kata pepatah “alah membeli, menang memakai”.

Khas buat pembaca setia Funtasticko.net, TRAPO sangat ‘bermurah hati’ untuk menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus bagi setiap pembelian produknya (terhad hanya satu kegunaan bagi setiap pelanggan). Anda hanya perlu memasukkan kod promofuntasticko10 untuk membuat pembelian menerusi laman sesawang my.trapo.asia.

Tunggu apa lagi jom beli TRAPO Classic Mark II sekarang! Memang terbaik!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply