ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Kos pemilikan antara Proton Persona facelift dan Perodua Bezza 1.3, mana lagi jimat?

Info

Views

Sejak kebelakangan ni kami lihat Proton dan Perodua ni dah macam cerita “Civil War” pulak. Asalnya Proton hanya buat perbandingan kos servis antara Persona facelift berbanding pesaing A dan B tanpa menyebut model dan jenama, tapi apabila ada media berkata salah satu pesaing itu adalah Perodua Bezza, ia mula mencetuskan kekeliruan dan perbalahan di laman sosial.

Betul ke kos servis untuk lima tahun pertama atau 100,000km Perodua Bezza 1.3 lebih mahal berbanding Proton Persona facelift?

Dalam artikel terdahulu, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, kos yang dinyatakan dalam perbandingan tersebut sebenarnya tidak tepat dan mengelirukan kerana ia merupakan harga dengan pakej tambahan Pro-Care yang merangkumi servis pendingin hawa dan penjajaran tayar.

Selain itu tempuh dipendekkan untuk beberapa komponen seperti palam pencucuh, penapis udara dan minyak brek. Tambahan pula Bezza menggunakan minyak pelincir enjin gred 0W-20 yang lebih mahal berbanding Persona.

Kami telah menghubungi Dr. Zahari dan beliau menyatakan pemilik hanya perlu mengikut panduan dalam buku servis untuk menjaga waranti kereta mereka. Terpulang kepada mereka untuk melakukan servis tambahan atau tidak kerana ia tidak akan menjejaskan waranti, cuma kereta anda akan mendapat penjagaan yang lebih baik.

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

Kos penggunaan petrol bulanan

Rakan media kami Roda Pusing dalam hantaran di laman Facebook mereka berkata, jika pemilik mengikut panduan buku servis dan membuat perkara yang wajib untuk menjaga waranti, perbezaan kos yang sebenar hanyalah RM44 sahaja. Menurut mereka, ada satu lagi perkara yang penting dan besar impaknya yang perlu diambil kira oleh pemilik iaitu pengunaan petrol.

Mereka telah menggunakan Persona VVT hampir 2 tahun dan pernah menguji Bezza 1.3 Advance dan 1.0 Standard selama 6 bulan. Purata penggunaan petrol Persona sekitar 11km/L dan Bezza pula 16km/L. Secara purata, mereka memandu kira-kira 2,000km sebulan.

Persona menggunakan 181 liter petrol, bersamaan RM378.18 jika merujuk pada harga runcit terkini iaitu RM2.08 seliter. Bezza pula menggunakan hanya 125 liter petrol, bersamaan RM260 mengikut kiraan harga runcit petrol semasa. Ini bermakna kos petrol Persona untuk tempoh sebulan adalah lebih mahal sebanyak RM118.18 dan untuk setahun pula ia sebanyak RM1,418.18.

Jika anda pemilik Bezza dan hanya mengikut servis yang wajib sahaja, kos servis kereta hanya RM44 lebih mahal berbanding Persona untuk 100,000km atau 5 tahun pertama. Jika ditambah dengan pakej servis Pro-Care anda terpaksa menambah kos sebanyak RM1,192 setahun berbanding pemilik Persona.

Tetapi sekiranya penggunaan petrol diambil kira, pemilik Persona terpaksa mengeluarkan belanja lebih sebanyak RM1,418.18 setahun sekiranya mereka memandu purata 2,000km sebulan atau 24,000km setahun. Jadi terpulanglah kepada anda sama ada nak berjimat RM1,418.18 untuk kos petrol setahun atau RM1,192 untuk kos servis setahun.

Duit anda hak anda. Tepuk dada tanyalah poket! Selamat membeli dan jangan dok gaduh-gaduh lagi ye!

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Bab perbandingan petrol tidak sesuai kerana berbeza sesaran enjin 1.6L Vs 1.3L..
    Bab perbandingan Kos penyelenggaraan ‘enjin’ juga tidak setara, 1.6L Vs 1.3L..
    Bandingkan nisbah(1:1 atau 1000:1000) sesaran setiap 1.L(1000cc) Persona Dan Bezza..


  • Nak sedap bawak dlm jammed, beli bezza. Nak sedap bawak laju kat highway beli persona. Duit lu, sukahati lu.. Duit gua, suka hati gua.. Mahal ka murah ka servis, kuat makan minyak ka, jimat minyak ka, semua pun kena keluar duit bayar.. Xda beza pun.. Lain la kalau bezza pakai minyak sawit, person pakai air, haaaa… Tu korang boleg debat 10 tahun..


    • Cerita Bab minyak sawit, harga sawit di Malaysia jatuh teruk.. Sudah tiba masanya Malaysia perkenalkan biodiesel B30 hingga B40.. bukannya lagi B20.. Biofuel B15 juga sepatutnya diperkenalkan selewatnya 2020..
      Kita bangunkan Biofuel sawit sudah hampir 20 tahun..


  • Ala, kalau tak hantar kat authorized service centre lagi jimat. Pergi workshop bawa pokok ceri. Oil filter RM12, Minyak hitam RM90, Upah RM15. Total RM117 aje. SST pun takde, tak payah tunggu lama2.

Leave a Reply