ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA : Mereka ini ‘masih hidup’ sebab pakai tali pinggang keledar

Info

Views

Kami rasa terpanggil untuk kongsikan beberapa foto mangsa kemalangan jalan raya yang terselamat kerana kesemuanya memakai tali pinggang keledar. Daily Mail melaporkan, menurut statistik, hampir 90 warga New Zealand terbunuh setiap tahun akibat kemalangan jalan raya kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Untuk mengatasi masalah ini, Agensi Pengangkutan New Zealand telah melancarkan satu kempen kesedaran baharu dengan memaparkan foto-foto mangsa lelaki yang terselamat dari kemalangan yang mungkin meragut nyawa mereka. Jika diperhatikan kepada foto-foto tersebut, nampak jelas kecederaan yang dialami oleh mereka dan setiap foto memperlihatkan kesan lebam pada badan mangsa disebabkan pemakaian tali pinggang keledar.

Kempen kesedaran ini disasarkan kepada kaum lelaki kerana data menunjukkan mereka ‘lebih liat’ untuk memakai tali pinggang keledar berbanding wanita. Pada tahun 2012, hanya 11 kes kematian kemalangan jalan raya melibatkan wanita di New Zealand yang tidak memakai tali pinggang keledar, manakala pada 2016, sebanyak 28 kematian telah dilaporkan.

Namun untuk lelaki, jumlahnya adalah jauh lebih tinggi. Pada tahun 2012, seramai 46 orang mangsa kemalangan lelaki yang tidak memakai tali pinggang keledar telah terbunuh dan dalam tahun 2016 jumlah ini telah meningkat kepada 72 orang.

Salah seorang mangsa dalam foto ini, Liam Bethell telah dilanggar oleh sebuah trak pada 2017. Dia telah mengalami patah tulang rusuk dan pendarahan dalam otak, hingga menyebabkannya koma selama 10 hari namun terselamat. Katanya jika tidak memakai tali pinggang keledar besar kemungkinan dia telah meninggal dunia.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

Seorang lagi mangsa, Rick Haira berkata dia terselamat setelah ute miliknya dirempuh oleh kereta api pada 2004 hingga menyebabkan kenderaannya berpusing, tetapi dia bernasib baik tidak tercampak keluar kerana memakai tali pinggang keledar.

Mangsa ketiga, Dylam Chirnside pula telah dirempuh oleh kenderaan lain berhampiran dengan rumahnya pada 2017. Dia mengalami kecederaan otak dan patah salah satu tulang utama yang menyambungkan kepada ke tulang belakang. Walaupun kecederaan yang dialaminya agak serius, namun sekali lagi tali pinggang keledar berjaya menyelamatkan nyawanya dan kini dia telah pulih sepenuhnya.

Berbalik kepada kempen ini, sebenarnya mereka ini telah dipilih secara rawak dan kesan kecederaan mereka telah dibuat semula oleh pasukan kesan khas dan jurumekap profesional yang merujuk kepada foto-foto peribadi mereka untuk menjadikannya lebih realistik.

Selain itu, kempen ini turut dibantu oleh Dr. Natasha McKay yang merupakan Pakar Perubatan Kecemasan. Katanya, tali pinggang keledar memang akan meninggalkan kesan seperti ini, namun ia akan menyelamatkan nyawa anda.

Foto-foto ini telah dipaparkan di papan iklan yang terletak berhampiran dengan pakir bar dan pub di bandar-bandar sekitar New Zealand. Kami rasa di Malaysia pun kena buat kempen seperti ini kan, betul tak?

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply