Agak lama juga kami tidak kongsikan penulisan dari sahabat kami di UK, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal). Untuk yang masih belum mengenalinya, beliau merupakan pencipta formula Nombor Fawzal (Fa) yang telah diguna pakai oleh beberapa pengeluar supercar dan hypercar terkemuka
Kali ini beliau ingin kongsikan sedikit ilmu mengenasi asas aerodinamik. Teruskan pembacaan anda!
Sayap pesawat lawan sayap kereta
Perbezaan antara profil sayap pesawat dengan sayap yang digunakan pada kereta adalah ianya terbalik (inverted).
- Sayap pesawat memerlukan tujahan ke hadapan untuk menghasilkan daya angkat (lift force) bagi membolehkannya terbang.
- Untuk kereta pula, profil sayap ini diterbalikkan (rujuk foto di atas) supaya apabila kereta bergerak ke hadapan, ia menghasilkan daya turun (downforce).
Kereta dengan sayap GT (GT wing)
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
Anda mesti biasa tengok kereta-kereta yang diubahsuai dipasang dengan sayap GT bersaiz ‘besar gaban’ kan? Saiz besar tidak menjadi masalah, tetapi ada di antara sayap itu terlebih ‘mencedok’ angin. Garis arus (streamline) ini memudahkan kita faham atau boleh melihat aliran angin dari suatu posisi dan perubahan angin setelah mengenai suatu halangan atau badan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Keadaan sayap kereta yang mencedok tidak bagus kerana apabila ia terlampau mencedok menyebabkan pergolakan aliran angin di belakang sayap (turbulence). Fenomena ini dinamakan “stall” atau tertegun mengikut istilah dalam dunia dinamik bendalir.
Mengapa “stall” ini berlaku?
Ia berlaku apabila sayap ini tadi mempunyai posisi sudut (angle) yang tinggi. Sudut ini dalam dinamik bendalir, dinamakan sebagai ‘angle of attack‘, α.
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
Secara umumnya:
- Semasa keadaan mendatar (α = 0deg), sayap tadi mempunyai seretan (drag) dan daya turun (downforce) yang minimal.
- Apabila nilai sudut naik (α > 0deg), daya turun akan mula meningkat lebih besar daripada nilai seretan.
- Akan tetapi, apabila sudut ini terlalu mencedok (α > 15 darjah ke 20 darjah bergantung kepada profil aerofoil dan nombor Reynolds), seretan akan mendominasi dengan nilai daya turun mulai menurun.
Kesimpulannya:
Sekiranya anda ingin memasang sayap GT pada kereta, anda perlu melaras angle of attack kerana, apabila sudutnya sedikit, anda akan mendapat daya turun. Tidak perlu sudut yang terlalu banyak untuk menunjuk-nunjuk.
Jangan mengeluh apabila hujung bulan duit banyak habis sebab kereta “kuat makan minyak”. Ini kerana, apabila terlalu banyak seretan, enjin kereta anda memerlukan lebih bahan api untuk bergerak ke hadapan. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
KOMEN TERKINI