ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI TONTON : Kenapa Perodua hanya ‘rebadge’ Aruz? Ini jawapan mereka

Views
Kenapa Perodua rebadged Aruz? Ini jawapan jujur pengurusan Perodua

Ini antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pembaca laman web dan juga penonton saluran YouTube kami. Semasa sesi pandu uji tertutup pihak media di litar ujian Perodua bulan lepas pun, kami dan rakan-rakan media yang lain turut bertanyakan soalan yang sama kepada Perodua. Kenapa Perodua hanya ‘rebadge’ Aruz?

Sedangkan kita semua tahu mereka dah mempunyai keupayaan untuk membuat reka bentuk sendiri bermula dengan sedan pertama mereka Bezza dan kemudiannya Myvi generasi ketiga. Aruz ni ibarat satu pusingan-U ke belakang, sebab Perodua hanya ubah sedikit sahaja luaran dan dalaman model ini berbanding kembarnya Toyota Rush dan Daihatsu Terios supaya menepati citarasa orang Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Dalam video ini Perodua memberitahu kami mengapa mereka berbuat demikian, rupanya mereka sedang belajar perkara yang baharu. Nak tahu sebab Perodua hanya ‘rebadge’ Aruz, kena tontonlah video ini sehingga ke penghujung.

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk maklumat terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Pandu uji singkat Perodua Aruz – Apa pendapat kami?”.

Perodua Aruz 2019 - Komen jujur pandu uji pertama

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply