ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Mazda CX8 buatan Kulim, harga dianggar 15-20 peratus lebih tinggi dari CX5

Pelancaran

Views
Mazda CX8 mula dihasilkan di Kulim, Harga dianggar 15%-20% lebih dari CX5

Hari ini Mazda Malaysia memperkenalkan SUV tiga barisan tempat duduk, Mazda CX-8 2019 yang dihasilkan di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah. Tempahan bagi model pemasangan tempatan ini juga telah mula dibuka dan harganya dianggarkan sekitar 15-20 peratus lebih tinggi dari CX5.

Empat varian ditawarkan, antaranya:

  • 2.5 SkyActiv-G FWD Mid Spec (7-tempat duduk)
  • 2.5 SkyActiv-G FWD Mid Spec Plus (6-tempat duduk)
  • 2.5 SkyActiv-G FWD High Spec (6-tempat duduk)
  • 2.2 SkyActiv-D AWD High Spec (6-tempat duduk)

Mazda CX8 2019 varian petrol dijana oleh enjin 2.5 liter NA SkyActiv-G berkuasa 192  kuasa kuda dengan 257 Nm daya kilas yang disambungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan pacuan roda hadapan. Varian tertinggi pula dijana oleh enjin turbodiesel 2.2 liter SkyActiv-D yang menghasilkan 188 kuasa kuda dengan 450 Nm daya kilas. Ia juga merupakan satu-satunya varian ditawarkan dengan sistem pacuan AWD.

Enam pilihan warna ditawarkan untuk Mazda CX8 2019 – Soul Red Crystal, Machine Grey, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, dan Jet Black. Mazda Malaysia menawarkan jaminan selama lima-tahun atau 100,000 km beserta kos penyelenggaraan percuma juga selama lima-tahun dengan setiap pembelian SUV ini.

Untuk mengetahui info lebih lanjut, saksikan video yang telah kami sediakan!

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Enjin Hybrid perlukan pelincir khas? Kami tanya ketua teknologi pelincir PETRONAS”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

Enjin Hybrid perlukan pelincir khas? Kami tanya ketua teknologi pelincir petronas

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Jika anda rasa video ini menarik, sila kongsikan dengan rakan-rakan. Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply