ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Mazda3 dilancarkan – Harga bermula dari RM140K

Berita Tempatan

Views
Mazda 3 bermula dari RM140K untuk 1.5 standard hingga RM160K untuk 2.0 litre High Plus

Semalam Mazda Malaysia melancarkan generasi baharu model sedan dan hatchback Mazda3, bertempat di pusat membeli-belah One Utama. Untuk pasaran Malaysia, Mazda3 ditawarkan dalam tiga varian – 1.5 (sedan & hatchback), 2.0 High (sedan) dan varian paling tinggi 2.0 High Plus (sedan & hatchback).

Untuk varian asas, ia dijana oleh enjin Skyactiv-G 1.5 liter berkuasa 114 kuasa kuda dan 150 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Untuk varian pertengahan dan paling tinggi, Mazda3 dikuasakan oleh enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang menghasilkan 162 kuasa kuda dan 210 Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Pelanggan mempunyai tujuh pilihan warna yang ditawarkan pada model Mazda3 iaitu Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Polymetal Grey, Machine Grey, Sonic Silver, Deep Crystal Blue, dan Jet Black. Model ini turut didatangkan dengan jaminan selama 5-tahun dan 5-tahun penyelenggaraan percuma yang merangkumi kos buruh serta alat ganti.

Harga yang ditawarkan untuk Mazda3 adalah seperti berikut (mengikut varian):

  • Skyactiv-G 1.5L Sedan/HatchbackRM139,620
  • Skyactiv-G 2.0L High Sedan – RM150,059
  • Skyactiv-G 2.0L High Plus Sedan/HatchbackRM160,059

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model terbaharu di pasaran ini, jom tonton video yang telah kami sediakan.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : BMW Malaysia lancar model BMW X7 dan BMW 7 Series baharu”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

BMW X7 RM888,800 740LE Hybrid RM594,800

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply