ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

MESTI TONTON : Pandu uji Honda Civic Type R dari Bentong ke Gombak

Pandu Uji : FuntastickoTV

Views
Honda Civic Type R :Bentong to Gombak dalam masa 18 minit 30 saat

Episod lepas kami siarkan video pusing tinjau (walkaround) Honda Civic Type R terbaharu. Kali ini kami memandu ujinya pula dari Bentong ke Gombak. Model ini mungkin tidak sekeras model sebelumnya, namun teknologi terkini telah menjadikannya lebih berprestasi.

Keupayaan Civic Type R untuk mencengkam jalan sangat menakjubkan dan ini telah dicapai menggunakan geometri suspensi yang canggih di mana sebarang input daya kilas tidak lagi ditolak naik ke stereng, menjadikan kereta kurang stabil di selekoh.

Ketiadaan kemudi kilas (torque steer) membolehkan pemandu fokus kepada arah pergerakan dan input pendikit bagi mencapai hala yang terbaik dalam selekoh. Penggunaan Limited Slip Differential (LSD) atau Pembeda Gelinciran Terhad menjadikan muncung kereta ini seperti kuku yang mencengkam jalan dan membolehkan kita membuka pendikit lebih awal bila keluar dari selekoh.

Malah kita boleh bertindak jauh lebih agresif semasa keluar dari selekoh. Stereng Civic Type R juga tangkas dan jitu, membolehkan pemandu mengawal keadaan dengan tenang, tanpa perlu terlalu risau tentang perubahan arah jika terlanggar lubang jalan di tengah selekoh ataupun jika perlu membrek ketika membelok.

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Geometri suspensi depan juga memberi gambaran jelas tentang tahap cengkaman pada tayar depan dan ini membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang lebih komited tanpa risau kereta ini akan melemparkan kejutan. Untuk mengetahui lebih lanjut, tonton video ini hingga ke penghujung.

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Pusing Tinjau (walkaround) – Honda Civic Type-R”, jom kita layan!

Honda Civic Type R lawat sekitar (walkaround)

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply