ARKIB

KATEGORI

Buletin

MH370 mungkin dirampas makhluk asing? Pakar dakwa kenal pasti lokasi nahas

Berita Tempatan

Views

Pakar penerbangan mendakwa mereka akhirnya telah mengenal pasti lokasi nahas pesawat MH370 yang bakal memberi harapan baharu kira-kira enam tahun selepas ia hilang bersama 239 penumpang pada Mac 2014.

Menurut Sinar HarianDailyMail melaporkan jurutera, Victor Ianello bersama pasukannya yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lalu percaya pesawat Boeing 777 terjunam ke dalam Lautan Hindi berhampiran koordinat S34.2342 dan E93.7875 yang terletak kira-kira 2,070 kilometer di luar pantai Perth di Australia Barat.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Katanya, terdapat kemungkinan besar bangkai pesawat terbabit berada dalam lingkungan 185.2 kilometer daripada koordinat tersebut. Ianello yang turut membantu pegawai Australia melakukan operasi carian MH370 juga percaya pesawat terbabit terbang sejauh 4,340 kilometer melepasi Indonesia sebelum nahas itu berlaku.

Sementara itu, seorang lagi pakar penerbangan, Byron Bailey mendakwa operasi carian dilakukan di lokasi yang salah dan mereka sepatutnya memfokuskan kawasan selatan Lautan Hindi. Jelasnya, kawasan carian dilakukan pada lingkungan 30 kilometer dari lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut dipercayai berada.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Tambah Byron, jika jangkaanya salah, pesawat itu mungkin dirampas oleh makhluk asing atau ditempatkan di hangar di suatu tempat di Kazakhstan. Katanya dia sanggup pertaruhkan segalanya sebagai jaminan untuk maklumat itu kerana dia tahu di mana ia berada.

Usaha carian besar-besaran selama empat tahun disertai pasukan antarabangsa meliputi kawasan seluas lebih 120,000 meter persegi dan menelan kos AS$200 juta (RM831 juta) masih gagal untuk menemui bangkai pesawat tersebut atau merungkai misteri di sebalik kehilangannya.

Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi dan teori konspirasi tidak masuk akal tentang insiden itu termasuk MH370 didakwa dirampas Rusia dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan dan digunakan pengganas untuk serangan bunuh diri menyasarkan kapal milik China.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply