ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin LTX Trail, tayar khusus untuk trak pikap tinggi dan SUV

Berita Tempatan

Views

Michelin baru-baru ini telah melancarkan tayar khusus untuk trak pikap tinggi (high-rise pickup) dan SUV, iaitu Michelin LTX Trail di Malaysia.

Tayar ini membekalkan jangka hayat dan keupayaan keselamatan yang lebih panjang dengan prestasi pembrekan basah yang cemerlang meskipun setelah dipakai lama, selain paras bunyi hingar dalaman yang lebih rendah bagi menjamin pemanduan yang menyelesakan.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Oliver Biggart, tayar baharu ini merupakan pilihan yang tepat bagi SUV yang semakin popular ketika ini. Ia sememangnya sesuai untuk trak pikap tinggi 4×2 dan 4×4, serta SUV seperti Toyota Hilux, Toyota Fortuner dan Nissan Navara.

Beliau turut menyarankan kadar pemanduan tayar baharu ini sebanyak 80 peratus di atas jalan raya dan 20 peratus di luar jalan raya. Michelin LTX Trail menampilkan 3 kelebihan utama:

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Perbatuan yang berkadar 41 peratus lebih tinggi

RallyForce2 Tread Compound membekalkan daya tahan yang lebih cemerlang serta hayat servis yang maksimum bagi kegunaan di atas dan di luar jalan raya.

Ia menampilkan reka bentuk bunga tayar yang baharu dengan Biting Shoulder yang melapisi bahagian bunga hingga ke dinding sisi.

Ini bertujuan untuk melindungi dinding sisi tayar tersebut daripada kerosakan selain menjamin kecemerlangan dari segi prestasi dan cengkaman di luar jalan raya.

Keselamatan jangka panjang, walaupun setelah mengalami kehausan

Variable Thickness Sipes yang menyediakan tapak temu (contact patch) yang dinaik taraf untuk prestasi pengendalian, cengkaman, dan pembrekan yang lebih baik.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Di atas jalan raya yang basah, ia mampu berhenti dalam jarak 3.1 meter lebih pendek dalam keadaan baharu, dan 4.6 meter lebih pendek setelah mengalami kehausan.

Dalam keadaan baharu di atas jalan raya yang kering, ia mampu berhenti dalam jarak 3.8 meter lebih pendek.

Paras tekanan bunyi 19.8 peratus lebih rendah

Ia direalisasikan oleh Duo-Harmony Blocks yang membawakan dua bentuk blok yang berbeza pada bahagian tengah bunga tayarnya.

Tenaga bunyi disebarkan oleh corak bunga merentasi spektrum yang lebih luas, lantas membekalkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan menenangkan.

Michelin LTX Trail boleh didapati  kini dalam 9 saiz berbeza, dengan dimensi rim dalam radius antara 15 dan 18 inci, di pusat wakil pengedaran Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.michelin.com.my/auto/tyres/michelin-ltx-trail.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply