ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin Pilot Sport 5 dilancarkan, harga bermula dari RM700 hingga RM1,900

Berita Tempatan

Views

Pengeluar tayar terkemuka di dunia Michelin, hari ini melancarkan Michelin Pilot Sport 5 yang mensasarkan kepada para peminat kereta sport dan sedan berprestasi tinggi.

Generasi kelima Pilot Sport ini membolehkan pengguna memaksimumkan kepuasan pemanduan mereka untuk jarak yang lebih jauh, sambil menyusuri jalan raya dengan penuh gaya.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, prestasi tayar ini yang dirumus untuk bertahan lebih lama merupakan faktor yang membezakannya daripada produk-produk lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Bukan itu sahaja, tayar ini turut memenangi anugerah Contemporary Good Design Award 2021 yang merupakan antara anugerah rekaan yang paling berprestij di dunia.

Antara kelebihan utama Michelin Pilot Sport 5 termasuklah:

  • Cengkaman tayar yang berpanjangan disumbangkan oleh teknologi Bunga Tayar Sport dengan Dua Rekaan yang diinspirasikan dari sukan permotoran. Pugar Alur (Groove Clear) yang mempamerkan alur serenjang bersaiz besar pula berfungsi untuk menyingkirkan air dengan cekap.
  • Teknologi Respons Dinamik yang menampilkan aramid hibrid dan sawat nilon untuk membekalkan keupayaan pengendalian yang optimum.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

  • MaxTouch ConstructionTM yang membolehkan bunga tayarnya bertahan lebih lama tanpa berkompromi dengan prestasi.
  • Ciri Wear2Check, iaitu indikator kehausan tayar untuk memudahkan pengguna membuat pemantauan selain membantu mengoptimumkan potensi kelanjutan hayat tayar tersebut.

Michelin Pilot Sport 5 boleh didapati di pusat pengedaran Michelin yang bertauliah di seluruh negara mulai 4 April 2022 dengan 26 dimensi bermula dari 17 hingga 19 inci.

Selain itu, 21 lagi saiz daripada 17 hingga 21 inci akan mula tersedia menjelang akhir tahun 2022. Harga jualan yang disyorkan untuk bermula dari RM700 ke RM1,900.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply