ARKIB

KATEGORI

Buletin

MICHELIN Primacy 5 dilancarkan – Pilihan saiz 16 hingga 19 inci, harga dari RM477

Berita Tempatan

Views

Michelin baru-baru ini melancarkan tayar MICHELIN Primacy 5 untuk kenderaan penumpang dan crossover daripada semua jenis enjin, dengan slogan “Confidence Made to Last“. Ia ditawarkan dalam 25 saiz berbeza, bermula dari 16 hingga 19 inci.

Semua tayar bersaiz 18 inci dan ke atas dilengkapi dengan reka bentuk dinding sisi estetika yang menonjol, dengan kemasan lingkaran penuh jalur baldu. Harga jualan bermula dari RM477 hingga RM1,026.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana, kenderaan moden, terutamanya hibrid dan elektrik, memberikan lebih banyak tekanan kepada tayar kerana kuasa kuda yang lebih tinggi dan lebih berat.

Oleh itu, tayar ini telah dioptimumkan untuk menangani cabaran tersebut, dengan peningkatan terhadap jangka hayat tayar dan rintangan gelinciran yang lebih rendah, sekali gus mengurangkan kos operasi.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Pada masa yang sama, prestasi cengkaman atas permukaan jalan basah yang berterusan memastikan keselamatan sepanjang jangka hayat tayar.

MICHELIN Primacy 5 baharu menawarkan pelbagai kelebihan yang tersendiri, termasuk:

  • Keselesaan Pemanduan yang Premium, hasil reka bentuk corak bunga tayar baharu dengan teknologi MICHELIN Silent Rib Gen-3, yang mengurangkan gegaran dan bunyi dengan signifikan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, senyap, selesa, dan santai.
  • Ketahanan Luar Biasa, dengan 24 peratus lebih jarak perjalanan berbanding jenama premium lain hasil daripada peningkatan 10 peratus nisbah lowong berbanding model sebelumnya, serta tepi alur sisi yang dioptimumkan, yang membantu mengekalkan prestasi cengkaman lebih lama di permukaan jalan basah. Ciri-ciri tersebut digabungkan pula dengan teknologi MaxTouch, yang memaksimumkan sentuhan dengan jalan raya dan mengagihkan daya pecutan, brek, dan selekoh secara sekata. Secara keseluruhan, kesemua ciri ini memastikan jangka hayat tayar yang lebih panjang tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

  • Keselamatan di Permukaan Jalan Basah untuk Tempoh Lebih Lama, dengan jarak brek 8 peratus lebih pendek ketika baharu dan 13 peratus lebih pendek apabila haus berbanding jenama premium lain. Ini dicapai melalui Functional Elastomers 3.0 yang digabungkan dengan teknologi MICHELIN EverGrip dan MICHELIN EverTread untuk mengoptimumkan penyaliran air, sekali gus meningkatkan prestasi membrek di permukaan jalan basah.
  • Keserasian dengan Kenderaan Elektrik (EV), menerusi sebatian getah bunga tayar berprestasi tinggi yang mengurangkan rintangan gelinciran sebanyak 13 peratus untuk meningkatkan kecekapan tenaga, sekali gus membantu memanjangkan jangka hayat bateri kenderaan elektrik.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Dalam pada meningkatkan prestasi, keselamatan, dan keselesaan, MICHELIN Primacy 5 juga lebih mesra alam, selaras dengan strategi “All Sustainable” Michelin Group.

Rintangan gelinciran ditambah baik sebanyak 5 peratus, manakala jangka hayatnya meningkat sebanyak 18 peratus, membolehkan tayar digunakan sehingga mencapai had minimum kedalaman bunga tayar yang ditetapkan, sekali gus mengurangkan sisa buangan.

Daripada segi reka bentuk, kesan alam sekitar tayar ini telah dikurangkan sebanyak 6 peratus. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my/.

Selain itu, dari 6 Januari hingga 9 April 2025, tiga pelanggan bertuah Michelin berpeluang memandu pulang sebuah Tesla Model Y Facelift 2025 apabila membeli sekurang-kurangnya dua tayar Michelin dalam sebarang saiz daripada pengedar Michelin yang mengambil bahagian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply