ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin Road 6 tawar prestasi dan jangka hayat tayar motosikal yang lebih baik

Berita Tempatan

Views

Selain Michelin Pilot Sport 5, Michelin turut melancarkan memperkenalkan generasi terbaharu tayar motosikal jelajah sport, Michelin Road 6.

Tayar baharu ini dirumus untuk menawarkan para pemilik jentera roadster, motosikal kembara, motosikal sport dan motosikal GT sebuah prestasi yang optimum dari segi cengkaman basah, jangka hayat, keselesaan dan pengendalian.

Di samping tayar standard, Michelin Road 6 yang kini didatangkan dengan pelbagai saiz untuk motosikal kembara bersaiz besar, tayar GT Michelin Road 6 yang dirumus untuk jentera jelajah turut ditawarkan.

Tayar ini menawarkan penambahbaikan sebanyak 15 peratus dalam cengkaman basah dan sebanyak 10 peratus dalam jangka hayat tayar berbanding generasi tayar terdahulu, Michelin Road 5.

Antara penambahbaikan yang dibuat adalah rekaan bunga tayar yang baharu, kemajuan dalam bahan mentah serta seni bina tayar yang lebih optimum.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Rekaan bunga tayar menawarkan nisbah kekosongan sebanyak 14 peratus (nisbah antara alur dan getah) yang membekalkan daya cengkaman tinggi dalam keadaan basah mahupun kering. Nisbah ini juga tidak berubah ketika membelok bagi menjamin tindak balas yang konsisten.

Teknologi sisip (sipe) berpaten Michelin Water EverGrip pula menawarkan daya cengkaman basah yang tinggi. Ia direka untuk membuka mengikut tahap kehausan tayar.

Tayar ini dihasilkan dari sebatian 100 peratus silika yang menampilkan Teknologi Silika Michelin. Michelin 2CT+ (Teknologi 2 Sebatian) membolehkan pelbagai sudut bunga tayar dioptimumkan untuk karakteristik prestasi yang berbeza.

Seni bina dengan Teknologi Michelin Radial X Evo yang merupakan lapisan 90 darjah pada rabung tayar menjamin titik sentuh yang lebih lebar untuk cengkaman kuat.

Dinding sisi tayar Radial X Evo generasi baharu menggunakan lapisan berlipat yang khas untuk meningkatkan fleksibiliti dan keselesaan dengan menyerap deformasi jalan raya. Pada kelajuan tinggi, tayar ini akan kekal stabil.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Teknologi selongsong tayar Michelin Aramid Shield pula adalah lapisan aramid mempunyai kerintangan terhadap pertumbuhan emparan (centrifugal growth) pada kelajuan yang tinggi, selain mengurangkan berat dan menawarkan stabiliti yang tinggi.

Bukan itu sahaja, Rekaan Sentuhan Premium Michelin pada dinding sisi tayar ini menggunakan geometri mikro pada dinding sisi tayar untuk mewujudkan sebuah tekstur.

Ia dapat memodulasi kontras dan menyerlahkan warna-warna kelabu untuk memberikan tayar tersebut paras yang lebih menarik.

Michelin Road 6 kini boleh didapati di semua pusat pengedaran tayar Michelin bertauliah di seluruh negara dengan enam pilihan saiz untuk tayar hadapan dan lapan untuk belakang.

Tayar GT Michelin Road 6 pula tersedia hanya dalam satu saiz untuk hadapan dan tiga saiz untuk belakang. Ia boleh dipasang pada aneka jentera, daripada roadster kecil seperti KTM 390, motosikal sport dan kembara, hingga ke jentera GT seperti BMW K1600 GT/GTL.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply