ARKIB

KATEGORI

Buletin

MILDEF International Technologies perkenal Kenderaan Berperisai Bermobiliti Tinggi (HMAV)

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini kami ada bercerita tentang sebuah kenderaan tentera buatan tempatan keluaran Cendana Auto, namun atas permintaan syarikat tersebut artikel tersebut terpaksa diturunkan kerana ia masih lagi diperingkat penilaian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebenarnya ada beberapa pemain dalam industri pertahanan tempatan dan salah satunya adalah MILDEF International Technologies yang berpangkalan di Sepang, Selangor. Syarikat tersebut hari ini telah melancarkan Kenderaan Berperisai Bermobiliti Tinggi (HMAV) 4×4 dan turut menghasilkan kenderaan lain seperti Kenderaan Kembalik 6×6 (MRV) dan Kenderaan Operasi Khas (SOV).

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut kajian firma perunding penyelidikan tempatan MQ Consultant, MILDEF kini memiliki kepakaran dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), reka bentuk, aplikasi dan penyelenggaraan yang merupakan elemen penting dalam pembangunan industri tersebut.

Salah satu daripada hasil keluaran syarikat tersebut adalah Kenderaan Berperisai Bermobiliti Tinggi (HMAV) yang dikatakan hasil rekaan anak tempatan yang diadaptasikan dari kenderaan tentera dari Timur Tengah. Kenderaan ini menepati piawaian dan spesikasi terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Rekaan pintu belakangnya dilengkapi dengan sistem hidraulik yang membolehkannya lebih cekap. Tanjakan (ramp) di bahagian belakang pintunya pula membolehkan krew untuk masuk dan keluar tanpa sebarang tanpa risiko kecederaan akibat terjatuh.

Pelantar senjata pada kenderaan ini menggunakan jenis Stesen Senjata Kawalan Jauh (RCWS) yang memastikan perlindungan maksima kepada operator senjata. Selain itu, MILDEF telah memperoleh hak untuk menggunakan enjin dari pengeluar jentera berat, Caterpillar yang mempunyai nisbah kuasa ke berat23.57 kuasa kuda per tan. Ia membolehkan kenderaan ini memecut pada kelajuan maksima 110 km/j.

Kenderaan ini juga telah memenuhi syarat Stanag 4569 yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Armor komposit ini merupakan pilihan ideal untuk perlindungan balistik dengan Tahap 2 Balistik dan Artileri Stanag 4569. HMAV ini juga menggunakan tempat duduk kalis-periuk api, perlindungan bawah Stanag 4569 tahap 2B dan perlindungan lambung Stanag 4569 tahap 2A.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Air Times News Network dan MILDEF International Technologies

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply