ARKIB

KATEGORI

Buletin

Milky Way acah satu lagi foto, model SUV hibrid dikenali sebagai L7

Berita Global

Views

Selain model sedan elektrik, jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) dari Geely, Milky Way juga bakal memperkenalkan sebuah model SUV hibrid yang dikenali sebagai L7.

Model yang berasaskan pelantar seni bina e-CMA ini akan membuat kemunculan semasa Persidangan Strategi Tenaga Baharu Geely pada 23 Februari.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Pada bulan lalu, Geely memberi bayangan akan melancarkan siri NEV baharu dalam masa yang terdekat, namun membuat kejutan dengan memperkenalkan satu lagi jenama baharu.

Jika dilihat pada imej acah tersebut, reka bentuk lampu L7 mempunyai kesinambungan rekaan dengan model sedan sebelumnya dengan menampilkan lampu jenis rekaan LED memanjang dan nipis.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sebenarnya, nama L7 telah pun digunapakai oleh beberapa pengelar dari China sebelum ini, antaranya model yang baharu sahaja dilancarkan iaitu Li Auto L7 dan IM L7.

Menurut Geely, jenama Milky Way bakal melancarkan pelbagai produk baharu dalam tempoh tiga tahun, termasuklah model PHEV jarak-jauh dan kenderaan elektrik tulen.

Kesemua model ini akan menggunakan bateri CTP yang dibangunkan sendiri oleh Geely, pemacu elektrik tiga-kelajuan DHT pro, sistem kawalan elektronik dan peralatan lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply