ARKIB

KATEGORI

Buletin

Millennium Welt Kuantan dilantik pengedar terbaharu BMW Motorrad

Views

BMW Group Malaysia telah melantik Millennium Welt sebagai wakil pengedar terbaharu jenama BMW Motorrad di Kuantan serta kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, syarikat melihat potensi yang besar untuk perkembangan di kawasan Pantai Timur bagi motosikal premium, dan Millennium Welt merupakan rakan niaga yang terbaik untuk terus memperkukuhkan kedudukan syarikat selain meluaskan lagi penawaran pengalaman premium kepada penggemar motosikal di kawasan tersebut.

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, pula berkata, dengan pelantikan Millennium Welt Kuantan, syarikat ingin mengalu-alukan lebih ramai penunggang dari kawasan Pantai Timur untuk menghidupkan semangat “Make Life A Ride”. Pantai Timur turut menyumbang kepada penjualan lebih daripada 50 unit motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan stabil saban tahun.

Millennium Welt tidak asing dengan BMW Group Malaysia, dan mempunyai pencapaian terbaik sebagai wakil jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Seremban selain wakil jenama BMW di Batu Pahat dan Kuantan. Pada majlis Anugerah Pengedar ke-8 yang dianjurkan oleh BMW Group Malaysia pada awal tahun ini, Millennium Welt berjaya merangkul 13 anugerah, termasuk BMW Excellence Club Award.

En. Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies berkata, sebagai pengedar rasmi bagi jenama BMW di Kuantan sejak tahun 2016, syarikat telah membina kredibiliti yang kukuh dengan pelanggannya di Pahang serta kawasan berdekatan. Dengan menggunakan momentum ini, syarikat percaya melalui penambahan jentera BMW Motorrad ke dalam portfolio kenderaan premium, ia akan menyumbang kepada penjualan unit kenderaan yang lebih tinggi di kawasan tersebut.

Millennium Welt Kuantan kini menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas, merangkumi model BMW dan BMW Motorrad, serta servis Mini. Melalui penyatuan jualan dan servis kenderaan BMW serta BMW Motorrad di bawah satu bumbung, Millennium Welt Kuantan akan mampu menterjemahkan identiti jenama ini dengan lebih khusus di pasaran seumpamanya.

Millennium Welt Kuantan beroperasi di fasiliti bilik pameran yang berkeluasan 28,000 kaki persegi, mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan BMW dan lapan buah motosikal BMW Motorrad. Bilik pameran tersebut terletak di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply