ARKIB

KATEGORI

Buletin

MIMOS ambil masa dua tahun bangunkan motosikal RE-EV pertama Malaysia

Berita Tempatan

Views
1st Malaysian RE-EV Motorcycle Design Development

MIMOS telah berjaya membangunkan prototaip motosikal RE-EV (Range Extended Electric Vehicle) yang pertama seumpamanya di Malaysia hasil kerjasama dengan Modenas dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Projek motosikal RE-EV ini adalah menerusi program High Value-Added and Complex Product Development Programme (HVA), inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Dr Iskandar Samad, projek RE-EV yang mengambil masa selama dua tahun ini disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan.

Jika dibandingkan dengan EV hibrid di mana kedua-dua ICE dan motor elektrik dijadikan sistem trenpacu, RE-EV pula ialah sebuah sistem yang lebih ringkas, dimana ia tidak memerlukan rantai pemacu untuk memutarkan roda.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ini akan mengurangkan kerisauan penunggang ketika memandu/menunggang dalam jarak jauh kerana genset akan diaktifkan apabila tenaga bateri sedia ada menurun di bawah nilai ambang tertentu.

Motosikal RE-EV ini dibangunkan dengan penggunaan bateri boleh ditanggalkan (removable battery) yang membolehkannya membuat pertukaran bateri (battery swap).

Dr Iskandar berkata, geran kerajaan seperti HVA terbukti mampu membantu industri dalam menjalankan R&D untuk meningkatkan pengkomersilan dalam sektor ekonomi bernilai tinggi, terutamanya untuk perusahaan Malaysia dengan menawarkan banyak peluang ekonomi.

Tambah beliau, MIMOS berjaya menyempurnakan RE-EV pada bulan lepas, dan lebih membanggakan lagi ianya merupakan motosikal RE-EV buatan tempatan pertama di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Pada majlis tersebut, Modenas dan UniMAP turut memberi taklimat berkenaan penglibatan dan kemajuan mereka dalam projek RE-EV ini menerusi sesi demo projek.

Ketua Pusat Kecemerlangan Automotif & Sukan Permotoran UniMAP Profesor Madya Ir Ts Dr Shahriman Abu Bakar memberi penerangan mengenai keseluruhan aspek berkenaan analisis kekuatan chasis, analisis pasaran, sehingga ke analisis simulasi pengurusan haba dan bateri.

Ketika mengulas mengenai paten, beliau berkata UniMAP telah berjaya memfailkan 2 paten di mana ianya menjadi yang pertama di dunia terhadap teknologi motosikal RE-EV.

Ketua Bahagian Reka Bentuk Kejuruteraan R&D Modenas Muhammad Amin Nasirudin pula membuat pembentangan mengenai struktur motosikal dan pembuatan motosikal prototaip yang berfungsi lengkap.

Beliau turut membuat demo dengan menunggang motosikal prototaip bagi menunjukkan ciri-ciri utama yang ada pada motosikal tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIMOS Industrial DesignSaharudin Busri dan MIMOS

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply