ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Clubman Sterling Edition diperkenalkan – 20 unit sahaja di Malaysia!

Views

MINI Malaysia memperkenalkan edisi terhad MINI Clubman Sterling Edition dan hanya 20 unit sahaja akan dijual di Malaysia melalui tempahan secara dalam talian di www.mini.my/sterlingedition, yang pertama seumpamanya dalam industri automotif Malaysia. Tempahan bermula pada Selasa, 15 Ogos hingga Sabtu, 26 Ogos 2017. MINI Clubman Sterling Edition baharu didatangkan dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun dan Servis Berjadual Percuma. Harga anggaran (di atas jalan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi) ialah RM 268,888.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, MINI Clubman ialah kereta yang mencetuskan lembaran sejarah baru dan merevolusikan jenama tersebut ke tahap lebih tinggi. MINI Clubman Sterling Edition ialah versi moden terhad kereta yang paling ikonik di dunia.

Apa yang membuatkan MINI Clubman Sterling Edition sangat ekslusif dan unik?

  • Warna badan dua-tona, gabungan perak (Melting Silver) hitam (Matte Black Jack).
  • Simbol Black Union Jack pada bahagian scuttle sisi bagi mengingatkan asal-usulnya dari Britain.
  • Rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci berwarna hitam.
  • Ruang kabin dengan kombinasi warna biru (Indigo Blue) dan merah bata (Pure Burgundy).
  • Iluminasi MINI Yours yang membolehkan pemilik untuk memilih 12 warna untuk membangkitkan mood dan kecenderungan pemandu serta penumpangnya.
  • Tempat duduk yang dibalut oleh upholsteri kulit lembut dan mewah Chester berwarna biru dengan kemasan jahitan berbentuk diagonal.
  • Stereng dibalut kulit Nappa dengan jahitan tangan berwarna aluminium serta lencana Union Jack di bahagian bawahnya.
  • Fungsi Parking Assist memarkir MINI baharu ke dalam ruang parkir selari secara automatik.
  • Sistem infotainmen tercanggih dikenali sebagai MINI Connected dengan LCD beresolusi tinggi bersaiz 6.5 inci.

MINI Clubman Sterling Edition baharu turut dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama 5 Tahun yang membolehkan pemilik mendapatkan perkhidmatan yang komprehensif seperti talian On the Spot Hotline, Help on the Phone dan bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), Kenderaan Gantian, Tempat Tinggal, Penyelesaian Servis Mobiliti serta servis Penghantaran Pulang. Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.

Untuk melihat MINI Clubman Sterling Edition baharu dengan lebih dekat, kunjungi MINIFest di Desa ParkCity yang akan berlangsung pada Ahad, 20 Ogos ini. MINIFest 2017 bakal menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi pandu uji kereta MINI, menaiki belon udara panas, trak makanan dan jualan but kereta. MINI Malaysia turut menjemput kumpulan muzik dan DJ untuk membuat persembahan sepanjang hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply