ARKIB

KATEGORI

Tular

Mini EV X2: Klon MINI Cooper ‘katik’ versi elektrik bakal masuk Malaysia? Harga RM13,800 seunit!

Tular

Views

Sejak semalam tular beberapa foto di laman sosial mengenai sebuah ‘kereta katik’ dengan gaya rekaan ala MINI Cooper (klon la senang cerita) yang dikatakan bakal masuk ke pasaran Malaysia. Sebenarnya bukan itu yang membuatkannya tular, tapi harganya yang memang sangat-sangat mampu milik, RM13,800 seunit (harga promosi berbanding harga asal RM18,800)!

Model yang sedang hangat diperkatakan itu adalah Mini EV X2 yang dikeluarkan oleh syarikat Zhejiang Today Sunshine New Energy Vehicle Industry Co., LTD. dari China. Laman sesawang rasmi mengenai model tersebut juga boleh dilayari menerusi pautan ini. Anda boleh melihat risalah dan spesifikasi model tersebut serta boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman tersebut.

Tetapi timbul persoalan di kalangan kebanyakan media automotif di negara ini, adakah kereta ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau belum? Namun, menurut maklumat yang diperolehi menerusi rakan media kami Abang Gan di Pandulaju.com.my, semakannya dengan Bahagian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) di JPJ mendapati model masih belum diberikan sebarang kelulusan VTA untuk berada atas jalan raya buat masa ini.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Dalam bahasa mudah, kereta ini masih lagi tidak sah untuk dipandu di atas jalan raya negara ini dan tidak diberikan perlindungan insurans. Agak pelik bagaimana syarikat yang membawa masuk model ini ke Malaysia boleh membuka tempahan secara dalam talian? Jika kereta ini boleh dibeli secara ansuran bulanan selama 9 tahun, ia bermakna pelanggan yang berminat hanya perlu membayar RM159.98 sebulan! Macam bayar ansuran kapcai je kan?

Apa yang menarik mengenai Mini EV X2?

Senang cerita gaya rekaan model ini adalah ‘plagiat’ dari model MINI Cooper dari luar hingga ke dalam. Kalau anda tidak percaya boleh lihat foto-foto dan video yang disediakan. Model ini hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja dan ia boleh bergerak sejauh 120 km dengan sekali cas penuh. Ia ditawarkan dengan beberapa pilihan varian termasuk High Speed.

Anda boleh mengecas ‘kereta katik’ ini menggunakan soket biasa di rumah dengan masa mengecas 8 hingga 10 jam untuk 100 peratus penuh. Kereta dengan pacuan roda belakang ini menggunakan bateri jenis Lithium Ion namun ia boleh digunakan sebanyak 800 kali cas penuh sahaja.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Kereta ini dilengkapi dengan transmisi automatik dengan tombol gear jenis putar seperti tombol pendingin hawa. Walaupun ia bersaiz katik, namun ia masih mempunyai ruang bagasi berkapasiti 850 liter. Ia turut dilengkapi dengan brek cakera hadapan dan belakang selain rim aloi bersaiz 13 inci.

Kereta ini mampu memecut dari 0-50 km/j dalam masa 25 saat, dan kelajuan maksimanya mencecah 50 km/j. Jika anda memilih varian High Speed, kereta ini mampu mencapai kelajuan 80 km/j. Mini EV X2 turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti kamera undur, pengesan titik buta (pilihan), tempat duduk kemasan kulit palsu, soket USB, cermin kuasa dan cermin sisi elektrik.

Selain itu, model ini turut dilengkapi sistem infohiburan dengan paparan skrin sentuh bersaiz 9 inci, sistem navigasi, sensor parkir dan paparan meter digital pelbagai info jenis LCD bersaiz 6.2 inci. Nampak menarik bukan? Tetapi sebelum anda membuat tempahan atau pembelian, kami nasihatkan anda supaya berhati-hati kerana di laman sesawang rasminya tidak menyatkan nombor talian untuk dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Apa pun, kita nantikan perkembangan terkini mengenainya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply