ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Malaysia rai ketibaan Merdeka menerusi kempen ‘Add Independence’

Berita Tempatan

Views

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang bakal tiba tidak lama lagi, MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan kempen ‘Add Independence’ hari ini.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, MINI Malaysia amat teruja untuk mempelawa warga MINIacs kembali menyusuri jalan raya menerusi kempen tersebut dengan pelbagai program menarik telah disediakan khusus buat MINIacs yang dahagakan pengembaraan baharu, dan tiada jentera yang lebih sempurna daripada MINI Countryman.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Kempen ‘Add Independence’ memperkenalkan pelbagai tawaran menarik yang meliputi kadar faedah serendah 0 peratus, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,315, bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM5,000, serta rebat tunai sehingga RM22,000 bagi pembelian model-model MINI terpilih.

Tawaran kempen ‘Add Independence’ dibuka mulai hari ini sehingga 30 September 2020, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mini.my/addindependence.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply