ARKIB

KATEGORI

Buletin

MiRT – Tren MRT inspirasi anak Malaysia

Views

Inilah rekaan tren MRT rekaan anak tempatan dari jabatan rekabentuk industri MIMOS yang dikenali dengan akronim MiRT (MIMOS Innovation Rapid Transit). Rekabentuk ini diilhamkan oleh MIMOS bertujuan untuk turut serta dalam projek MRT yang kini sedang rancak dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk membuktikan pereka tempatan mampu untuk merekabentuk tren masa depan MRT yang setanding dengan piawaian antarabangsa.

Untuk pengetahuan anda, tren MRT semasa adalah hasil rekaan BMW Design. Konsep rekabentuk yang dibangunkan oleh MIMOS buat masa ini hanyalah dalam bentuk digital 3D, dengan pengunaan perisian & teknologi Realiti Maya (Virtual Reality-VR) dan AR (Augmented Reality) yang mana, kepakaran dan fasiliti ini dimiliki oleh Pusat Rekabentuk MIMOS.

Konsep rekabentuk MiRT ini dihasilkan dari inspirasi unsur rekaan Malaysia daripada budaya, kraftangan dan seni bina. Rekabentuk luaran menitikberatkan ciri-ciri aerodinamik yang menampakkannya lebih moden dan sporty. Penggunaan lampu LED di sepanjang koc tren ini, menampakan ciri-ciri futuristik.

Rekaan dalamnnya juga menggunakan unsur-unsur geometri yang diinspirasikan dari seni bina Malaysia dan juga corak Islamic atau Arabesque yang diolah untuk menjadi lebih moden dan sesuai dengan ruang dalaman. Dari segi pemilihan warna, kombinasi biru lembut, kelabu dan kuning diilhamkan dari foto panorama Putrajaya pada waktu senja yang nampak lebih tenang dan selesa, sesuai untuk digunakan untuk membangkitkan mood yang santai di ruang dalaman MiRT.

Pembangunan projek ini juga hasil usahasama dengan Autodesk (Peneraju global dalam perisian rekabentuk, kejuruteraan dan hiburan 3D). Kerjasama ini adalah untuk memastikan kepakaran dan fasiliti Pusat Rekabentuk MIMOS sudah bersedia untuk membantu industri di Malaysia dalam pembangunan Revolusi Industri 4.0.

Untuk pengetahuan semua, pasukan perekabentuk MiDC dan Autodesk akan membuat demonstrasi pembangunan model 3D MRT ini dengan penggunaan teknologi VR dan AR semasa acara NICE 2017 (National Innovation and Creative Economy Expo 2017) yang akan diadakan pada 12-16 Oktober 2017 di Taman Teknologi Malaysia. Sila layari laman sesawang http://niceexpo.mosti.gov.my/nice2017/ untuk maklumat lanjut.

Pusat Rekabentuk MIMOS ingin menjemput semua rakyat Malaysia ke acara NICE 2017, untuk melihat dan mengalami sendiri mengenai projek MiRT menerusi penggunaan teknologi VR & AR di booth pameran mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Rekabentuk MIMOS, layari laman sesawang http://mi-designcenter.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply