ARKIB

KATEGORI

Tular

Misteri Ferrari F430 ‘tersadai’, warganet dakwa pemilik tak mampu bayar ansuran bulanan?

Tular

Views

Sebuah kereta Ferrari F430 dibiarkan di tempat meletakkan kenderaan sebuah blok kediaman di Singapura, lapor portal berita The New Paper, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Satu rakaman video menunjukkan kenderaan berwarna gelap itu dimuat naik di platform TikTok baru-baru ini. Dalam rakaman itu, daun-daun kering kelihatan melekat badan kereta tersebut.

Bagaimanapun, terdapat notis pada Ferrari F430 itu menyatakan bahawa ia ditemui ditinggalkan di Lot 69, berdekatan Blok 534, Jalan Jurong Barat 52.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemilik kereta itu diminta mengalihkannya dari tempat parkir kenderaan blok tersebut menjelang 1 Ogos ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemiliknya akan didenda.

Sementara itu, sebilangan warganet berkata di ruangan komen bahawa pemilik kereta sport mewah itu tidak dapat membayar ansuran bulanan menyebabkan ia dibiarkan di tempat letak kenderaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply