ARKIB

KATEGORI

Buletin

MITI kenal pasti strategi baharu promosi industri EV negara

Berita Tempatan

Views

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengenalpasti strategi baharu bagi mempromosikan industri kenderaan elektrik (EV) negara kepada pelabur.

Sinar Harian melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dalam dialog Belanjawan 2022 mengenai satu dasar yang merangkumi pakej insentif yang turut memberi fokus kepada pengguna.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurutnya, pembentukan dasar tersebut bertujuan menarik pelaburan ekosistem industri terbabit selain turut mengukuhkan insentif sedia ada untuk pengeluar kenderaan dan komponen EV.

Langkah ini dijangka dapat menggalakkan pelaburan daripada segi pengeluaran EV atau komponennya, sokongan infrastruktur termasuk stesen pengecas EV serta meningkatkan permintaan pengguna terhadap penggunaan kenderaan EV.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Mohamed Azmin berkata, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 turut memberi keutamaan kepada pembangunan industri pengeluaran kenderaan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) termasuk EV.

Katanya, ini termasuklah pembuatan komponen kritikal, penetapan standard bagi menyokong ekosistem EV dan menggalakkan aktiviti penyelidikan serta pembangunan untuk membangunkan teknologi tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply