ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Attrage, Mirage versi sedan

Views

Mitsubishi Attrage-#[3]

Ini adalah Mitsubishi Attrage versi produksi model Mirage versi sedan. Sekali imbas memang nampak agak pelik rupa model ini jika dibandingkan dengan Mirage. Model ini telah diperkenalkan sebagai model konsep G4 di Bangkok International Motor Show pada bulan Mac dan Shanghai Auto Show pada bulan April lalu.

Tidak bayak perubahan ketara yang dibuat cuma beberapa bahagian telah diubah sedikit terutama dibahagian lampu hadapan, lampu belakang, jeriji hadapan dan lampu kabus. Model ini akan menggunakan enjin petrol 1.2 liter MIVEC yang sama dengan Mirage dan dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan dan CVT. Mitsubishi Attrage akan dilancarkan secara rasmi di Thailand pada bulan Julai ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply