ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi dedah Xpander facelift 2022 – Gaya lebih segar, transmisi CVT baharu

Berita Global

Views

Menjelang pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021, Mitsubishi membuat kejutan dengan mendedahkan Xpander facelift 2022 yang tampil dengan gaya lebih segar, lebih canggih serta transmisi baharu.

Model facelift ini menampilkan rekaan Dynamic Shield dengan bahagian atas jeriji diberi kemasan hitam, manakala bahagian bawahnya pula dihiasi kemasan jejaring berbentuk sarang lebah. Perubahan lain adalah pada lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T, lampu siang LED dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED.

Melengkapi perubahan luaran adalah rim aloi bersaiz 17-inci rekaan baharu yang berbentuk seakan kelopak “Bunga Raya”. Ruang kabin Xpander facelift turut mengalami perubahan, terutama sekali rekaan papan pemuka serba baharu yang lebih bersegi.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Selain itu, ia turut dilengkapi stereng tiga-jejari rekaan baharu, panel kawalan iklim automatik dan brek parkir elektronik (EPB). Sebagai tambahan, varian andalannya akan didatangkan dengan tempat duduk dengan kemasan berwarna kuning air (beige).

Skema warna yang sama turut kelihatan pada papan pemuka dan kemasan kulit lembut pada pintu dan tempat letak tangan.

Selain itu, antara ciri yang lain termasuklah dulang berkapasiti besar pada konsol tengah untuk meletak peranti pintar, tempat letak tangan yang boleh memuatkan empat botol plastik 600ml, outlet pengecasan USB Type A dan Type C untuk penumpang belakang dan pemegang cawan bersepadu pada tempat letak tangan di bahagian tengah tempat duduk baris kedua.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Mitsubishi tidak mendedahkan maklumat mengenai enjin Xpander facelift, namun besar kemungkinan ia masih mengekalkan enjin 1.5-liter seperti model sebelumnya. Perubahan besar seterusnya adalah pada transmisinya dan kini tiada lagi transmisi automatik 4-kelajuan yang bakal digantikan dengan unit CVT.

Suspensinya turut diberikan perhatian dan Xpander facelift kini mempunyai lega tanah yang lebih berbanding model sebelumnya, antara 15 hingga 20mm. Hasilnya, MPV itu kini mempunyai jarak lega tanah 220 hingga 225mm.

Sementara itu, tupang dan peredamnya turut ditala semula bagi mempertingkatkan keselesaan pemanduan. Xpander facelift akan dihasilkan di fasiliti pengeluaran Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia di Bekasi, Jawa Barat untuk pasaran Indonesia serta beberapa pasaran lain di rantau ASEAN.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply