ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi lancar trak pikap Triton Quest – Harga bermula dari RM79,890

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia semalam telah melancarkan satu varian terbaharu dalam keluarga trak pikap Triton, yang dikenali dengan Triton Quest. Apa yang membezakan Triton Quest dengan varian yang lain adalah jarak lega tanahnya lebih rendah. Ini membolehkan kerja mengangkut barang lebih mudah. Walauagaimanapun, ia masih menawarkan keluasan ruang dalaman sama seperti varian Triton yang lain.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Triton Quest dikuasakan oleh enjin 2.5 liter turbo diesel empat silinder yang mampu menghasilkan 110 PS dan 200 Nm daya kilas. Penjana diesel ini pula dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan. Dari segi keselamatan, Triton Quest dilengkapi dengan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan casis yang diperkukuhkan dengan teknologi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Selain itu, Mitsubishi turut mengemaskini varian Triton Adventure X yang kini dilengkapi dengan aksesori tambahan seperti Pemantauan Keliling, alat perakam video perjalanan, grafik pada badan dan juga filem penapis solar premium.

Varian Triton AT Premium juga dipertingkatkan dengan tambahan aksesori seperti alat perakam video perjalanan, tempat duduk dengan kemasan kulit serta sistem infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci yang serasi dengan sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto. Triton Quest dijual pada harga bermula dari RM79,890.00 dan hanya ditawarkan dengan satu pilihan warna, iaitu White Pearl.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Engear TV

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply