Akaun Facebook rasmi Mitsubishi Motors Malaysia mula menyiarkan iklan acah (teaser) model terbaharunya, iaitu Mitsubishi Xpander facelift 2024, sejak semalam.
Meskipun hanya memaparkan sebahagian daripada bentuk jeriji dan bampar, ramai dalam kalangan warganet telah ‘berjaya meneka’ model tersebut.
Adakah ini memberi petanda yang Xpander facelift akan tiba dalam tempoh yang terdekat? Jika dilihat pada kapsyen foto tersebut, jelas ia ‘memberi isyarat’ yang model itu akan tiba tidak lama lagi.
Dalam artikel terdahulu, treler pengangkut yang membawa beberapa unit Xpander facelift tanpa pelitup penyamaran telah dikesan oleh salah seorang ahli group Mitsubishi Xpander Owners Club (MXOC) bernama Putra Yahya Hashim.
Xpander facelift menampilkan rekaan ‘Dynamic Shield‘ dengan bahagian atas jeriji diberi kemasan hitam, manakala bahagian bawahnya pula dihiasi kemasan jejaring berbentuk sarang lebah.
Perubahan lain adalah pada lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T melintang, lampu siang LED dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Ruang kabin Xpander facelift turut mengalami perubahan, terutama sekali rekaan papan pemuka serba baharu yang kelihatan lebih bersegi.
Selain itu, ia turut dilengkapi stereng tiga-jejari rekaan baharu, panel kawalan iklim automatik dan brek parkir elektronik (EPB).
Sebagai tambahan, varian mercunya didatangkan dengan tempat duduk dengan kemasan berwarna kuning air (beige).
Perubahan besar seterusnya adalah pada transmisinya dan kini tiada lagi transmisi automatik 4-kelajuan yang bakal digantikan dengan unit CVT.
Nantikan perkembangan selanjutnya mengenai Xpander facelift dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mitsubishi Motors Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI