ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi mula siar iklan acah Xpander – Kini dipamerkan di Mid Valley Megamall

Berita Tempatan

Views

Meriah betul sejak kebelakangan ini dengan siri iklan acah model-model baharu! Kini tiba giliran Mitsubishi pula menyiarkan iklan acah Xpander menerusi laman rasmi mereka di Facebook sejak pagi tadi. Apa yang menarik, model crossover tujuh tempat duduk juga kini sedang dipamerkan di East Atrium, Mid Valley Megamall mulai hari ini sehingga 13 September 2020.

Di sana anda boleh melihat kelibat Xpander dengan lebih dekat, namun ia masih lagi menyembunyikan bahagian dalam yang dilitup dengan kain hitam. Mereka yang berminat dengan model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan itu nanti, boleh mendaftarkan minat menerusi pautan ini.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Xpander yang akan dilancarkan di Malaysia nanti adalah dari versi facelift. Kilang pemasangannya di Pekan dilengkapi dengan bengkel dan kelengkapan kimpalan yang baharu. Fasiliti itu turut dilengkapi dengan teknologi mengecat tercanggih, yang merangkumi sistem semburan lapisan-ED 360 darjah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, kilang baharu mereka di Pekan menerapkan teknologi dari Jepun, Model ini bakal diletakkan tanda harga yang kompetitif untuk membolehkan pelanggan yang berkeluarga mampu memiliki kenderaan tujuh-tempat duduk ini pada harga yang berpatutan.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’

Ujar beliau, pelanggan juga boleh membuat tempahan tidak lama lagi. Xpander dijana oleh enjin 4G91 16-injap 1.5-liter MIVEC empat-silinder, yang menghasilkan 103 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 141 Nm daya kilas pada 4,000 rpm.

Untuk pasaran Indonesia, ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi, sama ada lima-kelajuan manual dan empat-kelajuan automatik. Jika diperhatikan pada video iklan acahnya, ruang kabin Xpander akan menggunakan kombinasi kemasan hitam dan gentian karbon selain sistem infohiburan yang menyokong Apple CarPlay, serta kamera 360 darjah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply