ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Ralliart kembali menerusi model edisi terhad Pajero Sport dan Triton

Berita Global

Views

Sejak kali terakhir dihasilkan kira-kira 11 tahun yang lalu, Mitsubishi kembali memperkenalkan jenama sukan permotoran mereka Ralliart menerusi tiga model iaitu Pajero Sport Ralliart dan dua versi Triton Ralliart untuk pasaran Thailand.

Pengenalan semula Ralliart kali ini lebih tertumpu kepada aksesori dan kosmetik semata-mata, tanpa ada penalaan pada enjin mahupun sistem suspensi. Pajero Sport Ralliart ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu White Diamond dan Jet Black Mica.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ia dilengkapi dengan kemasan pada jeriji Dynamic Shield hitam berkilat, lampu hadapan digelapkan, spoiler belakang hitam, bumbung hitam serta antena hitam.

Selain itu ia turut dipasang dengan penghadang lumpur, alas kaki, kemasan lengkung roda hitam, pelekat dengan reka corak grafik khas dan rim bersaiz 18-inci kemasan hitam.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Bagi model trak pikap Triton Ralliart, ia ditawarkan dengan dua pilihan, iaitu cab tunggal (single cab)dan cab berkembar (double cab).

Kedua-duanya dilengkapi dengan aksesori yang sama seperti Pajero Sport Ralliart dengan tambahan sarung cermin sisi hitam, kemasan pemegang pintu hitam dan alas bagasi rekaan khas Ralliart. Kesemua model ini bakal diperkenalkan secara rasmi semasa Thailand Motor Expo 2021 tidak lama lagi.

Adakah pandangan anda dengan penampilan semula Ralliart ini? Puas hati atau sebaliknya? Apa yang pasti ini hanyalah permulaan dan kami jangka lebih banyak lagi penawaran aksesori atau pengenalan model khusus talaan Ralliart nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply