ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi sedang menilai potensi pelaburan semula ke Malaysia

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita yang bakal menggembirakan peminat dan pemerhati automotif seluruh negara. Menurut portal Selangorkini.my, Malaysia bakal menerima pelaburan baharu dan semula dari Jepun hasil keyakinan pelabur terhadap pentadbiran kerajaan baharu diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ignatius Darell Leiking, perkara itu juga hasil hubungan erat Dr Mahathir dengan kerajaan Jepun selain diplomasi dan kerjasama yang turut dieratkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menemani Perdana Menteri semasa melakukan lawatan kerja ke negara itu.

Setakat ini Dr Mahathir telah melakukan lawatan kerja sebanyak tiga kali ke Jepun sejak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh pada Mei tahun lalu. MITI juga mendapatkan maklumat bahawa hasil dari lawatan terbabit, Jepun bukan sahaja membawa pelaburan baharu bahkan memperbesarkan pelaburan mereka yang sedia ada di Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Beberapa syarikat terkemuka daripada negara matahari terbit itu juga berminat untuk membawa pelaburan bernilai bilion ringgit ke Malaysia. Salah satu daripadanya adalah Japan Lifeline yang akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pembekalan ke seluruh Asia Tenggara. Selain itu Mitsubishi juga sedang menilai potensi pelaburan semula di negara ini selepas melihat kejayaan kerjasama Daihatsu dengan Perodua.

Beberapa syarikat bersaiz sederhana Jepun turut berminat untuk melabur di Malaysia kerana mengetahui bahawa negara kini menjadi hab logistik serantau. Perdana Menteri turut mengingatkan untuk tidak hanya melihat nilai pelaburan tetapi juga nilai teknologi yang dibawa masuk ke Malaysia.

Mungkinkah ini petanda Mitsubishi bakal membuka semula kilang pengeluaran dan mengeluarkan model terbaharunya di Malaysia? Adakah Mitsubishi bakal menjadi salah satu rakan strategik kepada projek kereta nasional ketiga? Banyak persoalan yang boleh dirungkaikan, kita tunggu apa kata Editor kami, Shamsul Yunos nanti.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply