ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton baharu diperkenalkan, trak pikap pertama dijana enjin diesel aluminium

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan Mitsubishi Triton baharu dengan enjin turbo diesel MIVEC dan merupakan trak pikap pertama menawarkan enjin diesel aluminium. Dikuasakan oleh blok aloi aluminium Enjin Turbo Diesel 2.4 liter MIVEC baharu dengan VGT Intercooler, Triton baharu kini lebih berkuasa dan lebih jimat bahan api.

Triton baharu ini juga mempuyai enjin diesel pertama di dalam segmennya menggunakan teknologi pemasaan pemboleh ubah injap MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic control system). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, En. Yang Won-Chul,, “Kira-kira 15 tahun lalu, Mitsubishi L200 adalah trak pikap pertama di Malaysia yang menawarkan transmisi automatik. Pada 2008 pula, Mitsubishi Triton menjadi yang pertama menawarkan enjin 3.2 liter, dan pada 2012, Triton VGT menjadi trak pertama di Malaysia menggunakan sistem Variable Geometry Turbo.”

Triton 2015 merupakan trak pikap pertama di Malaysia yang menawarkan ciri-ciri menyerupai kereta penumpang termasuk Butang Tekan Nyalaan, Operasi Tanpa Kunci, Lampu Hadapan Automatik Bi-Xenon HID yang disepadu dengan Lampu Pasang Siang LED, kemudi roda boleh diubah-ubah kedudukan dan Padel Penukar bagi kawalan manual transmisi automatik.

MIVEC dengan Enjin Turbo Diesel

Sebelum ini MIVEC hanya ada pada enjin petrol, ia membolehkan kawalan pada injap secara lebih kemas. Dengan kemajuan dalam teknologi diesel common rail, bahan api diesel kini boleh membakar pada tekanan lebih rendah, sekali gus mengurangkan bunyi dan pelepasan asap. Namun, kawalan terperinci terhadap injap adalah perlu bagi mengekalkan prestasi permulaan-sejuk.

Dengan MIVEC mengawal injap secara terperinci, penambahbaikan pada semua aspek prestasi boleh direalisasikan. Tekanan rendah di dalam kebuk pembakaran juga bermaksud bahan aloi aluminimum ringan boleh digunakan pada blok enjin. Enjin baharu ini adalah 30kg lebih ringan dari dulu,  dan pada masa sama mengekalkan tahap kebolehpercayaan dan kelasakan.

Output enjin kini bertambah kepada 181 PS kuasa maksimum dan 430 Nm kuasa kilas, dan mencapai pengurangan sehingga 15 peratus dalam penggunaan bahan api .Dengan pengurangan berat kerb dan pertambahan output kuasa, ia sekaligus mempertingkatkan prestasi pemanduan. Triton baharu ini juga lebih senyap dan selesa dipandu dengan memperkemaskan Bunyi, Gegaran dan Kekasaran (NVH). Penggunaan rantai pemasaan (timing chain) juga dapat mengurangkan kos penyenggaraan, dan jangka hayat lebih panjang.

Trition baharu didatangkan di dalam enam varian. Varian baharu Triton VGT Adventure X didatangkan secara standard dengan aksesori `rugged’ seperti Shield Extender bagi bumpar hadapan, Bar Sports baharu beserta Fullbox, dan rim roda aloi 17 inci  dwi-warna.  Triton VGT AT & VGT MT sedia ada juga telah dipertingkatkan dengan beberapa ciri standard sepertih Lampu hadapan Bi-Xenon HID Automatik disepadukan dengan Lampu Siang LED dan lampu kabus belakang. Model VGT MT juga telah dipertingkatkan dengan transmisi manual enam kelajuan baharu.

Semua model 4×4 dilengkapi dengan sistem Easy Select 4WD milik Mitsubishi yang mengoptimumkan edaran kuasa kilas antara gandar depan dan belakang. Dengan hanya menukar Pemilih 4WD, pemandu boleh menukar antara 2WD-Hi atau 4WD-Hi semasa memandu pada kelajuan sehingga 100km/j, atau kepada 4WD-Lo bagi permukaan jalan off-road yang paling mencabar.  Sistem Easy Select 4WD telah berterusan dimajukan sejak lebih dua dekad. Ia adalah jentera teguh yang boleh menangani paras kilasan tinggi.

Triton baharu ini mengekalkan ciri asalnya iaitu radius pusingan 5.9 meter terbaik di dalam kelasnya. Semua model baharu Triton adalah diimport sebagai kenderaan Dipasang Sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motor di Thailand.

Harga dan pilihan warna bagi enam varian adalah tersenarai seperti di bawah:

senarai harga triton baharu

Triton baharu didatangkan dengan 2 Tahun Penyenggaraan Percuma dan 3 tahun/100,000 waranti kilang, yang mana dahulu. Pada masa ini, Trition memegang 15% penguasaan pasaran di dalam segmen trak pikap  (Januari – Julai 2016). Dengan pelancaran Trition baharu ini, Mitsubishi Motors Malaysia menyasar untuk menjual 500 unit Triton sebulan. Sejak pelancaran Triton serba baharu pada Mei tahun lalu, MMM telah menjual lebih 7,000 unit sehingga kini yang menyumbang hampir 50% jualan keseluruhan MMM. Triton VGT Adventure X hanya akan berada di bilik pameran bermula 23 September ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

CEO of MMM Mr. Yang with Motorsports Athlete, Leona Chin Extra Hardcore with MIVEC Turbo Diesel Engine MIVEC Turbo Diesel Engine

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply