Mitsubishi telah mempamerkan sebuah model konsep trak pikap ‘Triton Cyberlid‘ yang telah dipamerkan sempena Thailand International Motor Expo 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Apa yang mencuri tumpuan adalah rekaan penutup kargo (tonneau cover) Triton Cyberlid itu mempunyai rekaan mirip Tesla Cybertruck.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Sebenarnya, ia merupakan kit aksesori tambahan yang dihasilkan oleh syarikat Carryboy yang berpangkalan di Bangkok, Thailand.
Sejak 1969, syarikat ini merupakan peneraju global dalam pembuatan kanopi gentian kaca, aksesori auto, penutup kargo, ambulans, motorhome, karavan, bas mesra alam, kenderaan penyelamat dan jualan armada global.
Cyberlid ini bukanlah dihasilkan khusus untuk Mitsubishi Triton semata-mata, malah Carryboy turut menghasilkannya untuk model trak pikap lain seperti Ford Ranger, Toyota Hilux dan Isuzu D-Max.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Ia merupakan penutup elektrik boleh laras yang mudah digunakan, direka untuk melindungi ruang kargo trak pikap daripada air, salji dan habuk.
Antara ciri-ciri canggih Cyberlid adalah sistem kawalan elektrik (kawalan jauh), binaan gentian kaca logam, plat gelongsor aluminium, dan juga lampu brek LED.
Apa pendapat anda mengenai Mitsubishi Triton Cyberlid ini? Kongsikan di ruangan komen.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit ธีรสุวัฒน์ บุลเสฏฐ์ dan Carryboy
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI