ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton dengan MIVEC Turbo Diesel bakal gegar Borneo Safari

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan membuat kemunculan semula di Borneo Safari buat tahun kedua berturut-turut dengan menampilkan trak pikap terbaharunya, Triton dengan enjin MIVEC Turbo Diesel Engine. Acara tersebut bakal berlangsung pada 30 Oktober sehingga 6 November ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Borneo Safari tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia telah mempunyai reputasi selama 26 tahun dan turut merupakan salah satu ekspedisi 4X4 paling mencabar di dunia. Mitsubishi Motors Malaysia, bakal menghantar empat unit trak pikap Triton 4X4 dengan dua daripadanya versi baharu dengan enjin MIVEC Turbo Diesel. Tahun lalu mereka hanya menghantar seunit Triton dan kali ini mereka tampil dengan tambahan tiga unit.

Triton varian AT serba baharu itu bakal beraksi sebagai kenderaan korporat dan akan dikemudi oleh Leona Chin yang merupakan altlet sukan permotoran Malaysia. Enam orang pengamal media juga akan turut beraksi dengan trak pikap tersebut yang turut disertai oleh tenaga pengajar 4×4 yang berpengalaman. Lima pemilik Triton juga bakal menyertai konvoy tersebut dan ia sekaligus menjadikan sembilan unit keseluruhan kenderaan Mitsubishi Triton yang akan baraksi di Borneo Safari kali ini.

Selama laan hari dan tujuh malam, peserta Borneo Safari akan mengalami cabaran yang paling sukar yang pastinya menguji ketahanan fizikal kenderaan dan juga pemandunya. Unit Triton yang mengambil bahagian turut dilengkapi dengan peralatan wajib seperti takal (winch), bar perlindungan, titik pemulihan, tayar ekstrem, suspensi dan snorkel. Tayar yang akan digunakan oleh Triton itu nanti ditaja oleh pembekal tayar global, Giti.

Tahun lalu, Triton telah berjaya menamatkan ujian ketahanan tersebut dengan hanya menggunakan model yang hampir standard, sama seperti di bilik pameran. Selepas menyertai Borneo Safari tahun lalu, ia juga berjaya menamatkan beberapa cabaran pemanduan di Malaysia Timur termasuklah di acara Jambori 4×4 Tahun Baharudi Kuching dan Bario, Sarawak serta Kundasang, dan Tip of Borneo di Sabah bersama peminat tegar 4×4 tempatan. Borneo Safari akan memulakan perjalanan pada jam 9.30 pagi dari bangunan Lembaga Pelancongan Sabah di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Konvoy tersebut akan menuju ke Kampung Penampang Baru untuk acara pembukaan Peringkat Khas Prologue.

KLIK UNTUK BESARKAN

image003 the-new-triton-with-mivec-turbo-diesel-engine-will-be-participating-in-the-borneo-safari-2016 the-triton-will-participate-as-a-corporate-vehicle-championed-by-malaysia-motorsport-athlete-leona-chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply