ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton terjunam ke dalam parit – Pemandu hanya cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabas sebelum masuk dalam parit berhampiran Restoran Habib, Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda di Johor Bahru, hari ini. Dalam kejadian pukul 8.47 pagi itu, kenderaan Mitsubishi Triton dipandu Mohd. Fakhrudin Mustapa, 31, hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jambatan dan terjatuh ke dalam parit tersebut.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Laman Facebook Johor Cyber Community memaklumkan, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nor Zait Iskandar Md Nor, kenderaan tersebut jatuh dan terbalik ke dalam parit yang berkedalaman 20 meter. Katanya, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghala ke kawasan kedai berhampiran.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Pemandu tersebut hanya mengalami cedera ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba datang. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada orang awam yang cuba membantu mangsa telah cedera di bahagian tangan akibat terkena kaca kenderaan tersebut.

Tambah Nor Zait Iskandar lagi, pemandu dan orang awam yang cedera itu telah di bawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut. Operasi telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.10 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Johor Cyber Community

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply