ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Xforce terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, bakal dilancar dalam waktu terdekat?

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - MITSUBISHI XFORCE

Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini mengumumkan keputusan ujian model kedua yang dinilai pada tahun ini, iaitu SUV terbaharu Mitsubishi Xforce.

Model SUV lima-tempat duduk ini telah berjaya memperoleh penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025 dengan skor keseluruhan 79.15 mata.

Protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Mitsubishi Xforce:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 34.89 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.03 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 14.85 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 12.39 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan sebagai kelengkapan standard dalam semua variannya yang terdiri daripada 4 (empat) beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang serta teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (PP).

Model ini juga menawarkan beberapa teknologi bantuan keselamatan merentas variannya yang terdiri daripada Brek Kecemasan Kendiri Bandar (AEB), AEB Antara-Bandar, Pengesanan Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB).

Teknologi ini tersedia sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan. Mitsubishi Xforce diperkenalkan semasa Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30 tahun lalu dan telah berjaya ‘mencuri perhatian’ orang ramai.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Dalam artikel terdahulu, kelibat unit ujian Mitsubishi Xforce telah mula menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Bakal pesaing kepada Honda HR-VToyota Corolla Cross itu dijangka ‘mengisi kekosongan’ yang ditinggalkan oleh ASX sejak jualannya dihentikan beberapa tahun lalu.

Dari segi dimensi, SUV kompak ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,660 mm tinggi, manakala jarak lega tanahnya adalah 222 mm. Ini bermakna, Xforce berada dalam kategori SUV segmen-B penuh.

Xforce dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) 4A91 1.5-liter DOHC Mivec yang menjana output sebanyak 105 PS dan 141 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan enjin menerusi transmisi CVT yang memacu roda hadapan (2WD) sahaja.

Adakah ujian ini memberi petanda awal yang Mitsubishi Xforce mungkin diperkenalkan ke pasaran Malaysia dalam waktu terdekat? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Mitsubishi Xforce

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply