ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga model CKD Volvo kini lebih rendah!

Berita Tempatan

Views

Menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung rancangan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Volvo Car Malaysia hari ini mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua model pemasangan tempatan (CKD) yang dikecualian cukai jualan, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Pengurus Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata pihaknya amat mengalu-alukan pengenalan percutian cukai jualan kerana ia hadir pada waktu yang tepat terutama ketika negara dan sektor automotif menuju ke fasa pemulihan, akibat pemberhentian sementara operasi perniagaan berikutan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Berikut adalah harga runcit baharu untuk model Volvo CKD:

ModelHarga Runcit Sebelumnya (RM)Harga Runcit Yang Disemak Semula (RM)
XC40 T5 R-Design255,888241,450
XC60 T5 Momentum298,888279,410
XC60 T8 Inscription333,888316,390
XC60 T8 Inscription Plus343,888326,120
XC90 T5 Momentum373,888350,810
XC90 T8 Inscription399,888381,520
XC90 T8 Inscription Plus409,888391,150
S60 T8 R-Design295,888282,540
S90 T5 Momentum338,888319,630
S90 T8 Inscription366,888349,670
S90 T8 Inscription Plus386,888368,920

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Cuti cukai jualan ini sejajar dengan pelancaran Volvo S60 T8 CKD baru-baru ini pada bulan Mei 2020 yang ditawarkan dalam varian R-Design, S60 T8 CKD dengan harga jualan RM282,540. Selain itu, Volvo Car Malaysia juga menawarkan Pakej Recas (Recharge Package) percuma bernilai sehingga RM30,888, Hager Wallbox bernilai RM8,000 dan pakej perkhidmatan penyelenggaraan 5 tahun (VSA 5+).

Tawaran ini hanya diberikan kepada model terpilih dan tertakluk pada stok sedia ada. Selain itu, semua tempahan yang dilakukan secara dalam talian akan menerima pakej Polestar Optimization percuma bernilai RM5,250.

Bukan itu sahaja, Volvo Car Malaysia turut menawarkan diskaun khas sehingga 30 peratus untuk Alat Ganti Servis (Service Parts) terpilih, 20 peratus untuk Aksesori Wheelset (Wheelset Accessories) terpilih, 15 peratus untuk Pengoptimuman Perisian Polestar (Polestar Software Optimisation), hingga 50 peratus untuk Aksesori terpilih dan Pemeriksaan Kesihatan & Basuh Kereta (Health Check & Carwash) percuma. Kedua-dua tawaran jualan dan selepas jualan tersedia secara eksklusif sehingga 30 Jun 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply