Nama kod P3-22A kini telah dikenali sebagai CH (segment C Hatchback) dan khabar angin mengatakan, model ini mendapat nama baharu semasa pelancarannya nanti. Dikatakan kualiti juga model ini telah dipertingkatkan dan semua masalah yang ada pada model Preve telah berjaya diatasi. Sebelum ini juga, kita mendapat info mengenai beberapa nama yang telah dihantar ke MyIPO untuk mendapat “trademark”, termasuklah Suprima yang baru dihantar tahun ini. Adakah Suprima nama baharu model CH ini? Nantikan kemunculannya!
Model hatchback segmen C Proton bakal menggunakan nama baharu
posted on
harap2 apa yang dicanang benar2 berlaku.tapi dari aku duk sembang dengan salesman proton dulu, memang drb dah kerjakan preve pun…perkara kecik termasuklah nat dan juga skrew yang sama pun d atasi…macam drb dah tau awal2 masa mula2 masuk CAT team dah d tubuhkan dan salesman d jemput untuk rasa kelaianan dengan membawa balik sebuah kereta ke negeri asal masing2…
pe cite pun,harga mesti sangat kompetitif…kalau boleh banyakkan varian enjin…enjin petronas dan d beli…kalau d ikutkan perancangan yang d warwakan memang dah cun boleh guna enjin petronas tu…
harap proton dapat bekerja dengan lebih agresif selepas ini…update model kena cepat..3 bulan sebelum pelancaran sepatutnya proton dah menubuhkan team untuk model update…bila kitaran model dapat di perbanyakkan, lebih banyak pasaran dapat d tembusi…SUV belum ada lagi…gantian perdana belum ada lagi…
exora ketot tu ape cite ar…
excited!
harap betullah apa yg ditulis ni…saya dah bosan dgn berita yg sering dicanang2 oleh proton, tapi akhirnya pengguna yg menghadapi masalah yg kecewa.
Proton Satria Replacement?