ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model kereta Proton bakal dapat sentuhan pereka Jaguar F-Type, Wayne Burgess

Berita Global

Views

Mantan ketua reka bentuk pengeluaran di Jaguar, Wayne Burgess telah dilantik sebagai ketua studio reka bentuk Geely yang baharu di UK. Studio reka bentuk itu akan berpangkalan di Coventry dan bakal mempunyai kira-kira 100 orang pereka dan kakitangan sokongan dalam tempoh lima tahun.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Fasiliti ini akan membangunkan reka bentuk untuk jenama Geely, Lynk & Co, Proton dan Lotus, selain memberikan sokongan kepada syarikat teksi hitam ikonik London Electric Vehicle Company (LEVC). Burgess telah dua kali bertugas di Jaguar Land Rover, yang pertama pada 1997 di mana beliau telah diberi tanggungjawab untuk reka bentuk luaran model X-Type dan XJ.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Beliau kembali ke syarikat tersebut pada 2001 sebagai ketua pereka kreatif untuk program generasi pertama XF dan F-Type, selain model facelift S-Type, XK dan XJ. Pada 2011 beliau telah dilantik sebagai pengarah studio pengeluaran dan bertanggungjawab untuk semua model Jaguar yang dihasilkan.

Semasa bertugas di luar syarikat Jaguar Land Rover, Burgess telah mengetuai pasukan reka bentuk di TXI Taxi dan sentuhan beliau turut ditagih dalam pembangunan reka bentuk luaran Aston Martin DB9 dan Vantage. Burgess bakal melapor diri kepada bakal bosnya Peter Horbury yang juga merupakan ketua reka bentuk Geely Auto Group.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit formtrends.com

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply