ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model pengganti KIA Optima bakal ditayang di Geneva!

Views

Kia-concept-Geneva

KIA telah mengeluarkan foto usikan model sedan segmen D yang dijangka menjadi pengganti kepada KIA Optima di Geneva Motor Show bulan Mac nanti. Model konsep ke-11 yang dihasilkan oleh studio rekabentuk Eropah di Frankfurt, Jerman, menampilkan konsep “keyakinan, garisan cukup hebat” yang diolah begitu elegan sekali bersama imej keluarga Kia yang tersohor iaitu jeriji ‘tiger-nose’ di bahagian hadapan.

Model konsep tersebut masih belum diberikan nama rasmi hingga setakat ini. Jika dilihat pada foto yang dikeluarkan, model konsep ini tidaklah begitu radikal dan terlalu futuristik kerana berkemungkinan besar ia adalah gambaran model produksi sebenar apabila dilancarkan nanti. Kita juga dapat melihat kesinambungan gaya rekaan model Optima ketika ini pada model konsep tersebut tetapi dengan gaya yang lebih garang dan menawan. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply