ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modellista dan TRD tawar kit badan serta aksesori untuk Toyota Prius 2023

Berita Global

Views

Meskipun baharu sahaja dilancarkan semalam, bakal pemilik generasi kelima Toyota Prius (2023) di Jepun sudah pun boleh mengubah suai kereta mereka dengan aksesori tambahan dari Modellista dan juga GR Parts.

Modellista menawarkan dua pakej penggayaan, iaitu Elegant Ice dan Neo Advance.

Mungkin kit badan tersebut kelihatan agak serabut untuk reka bentuk Prius yang lebih ringkas, namun hasilnya lebih ‘mengujakan’ berbanding dengan model terdahulu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pakej Neo Advance nampak lebih sporty dengan bibir bampar depan bersama lampu LED dan kemasan biru pada penjuru liang angin di tengah.

Elegant Ice pula menambah kemasan warna badan di sisi lampu depan dan sepasang corong ekzos palsu dengan kemasan krom di belakang.

Setiap pakej turut ditawarkan dengan skirt sisi, namun tiada satu pun yang menawarkan spoiler belakang.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

TRD pula tidak mendedahkan lebih perincian ‘GR Parts’nya untuk Prius 2023 dan hanya memaparkan sekeping foto yang menunjukkan pandangan depan dan juga belakang.

Antara perubahan yang dibuat termasuklah kemasan hitam pada bampar depan yang bersambung dengan liang udara tengah, visor cermin (air press) dan lip spoiler pada bahagian bawah cermin belakang.

Harga bagi pakej Modellista dan TRD ini akan diumumkan kelak termasuk perincian jenis aksesori yang bakal ditawarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply