Dalam diam-diam, secara tak semena-mena di hari Deepavali ini, laman Facebook rasmi Modenas telah memuat naik satu iklan acah, bakal model terbaharu mereka yang bakal dilancarkan secara secaya maya pada 19 November ini (Khamis minggu hadapan).
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
Jika diperhatikan pada imbasan foto pada iklan acah tersebut, ia kelihatan seperti sebuah skuter dan ia dikhabarkan bakal menjadi pengganti kepada Modenas Elegan 250. Menurut rakan media kami di Pandulaju.com.my, besar kemungkinan model ini adalah versi Modenas untuk versi skuter maxi Kymco X-Town.
Barisan siri X-town mempunyai tiga versi model berbeza yang terdiri daripada X-Town 300i, X-Town CT 300 dan X-Town CT 125. Antara ketiga-tiga versi ini, model X-Town 300i yang mempunyai persamaan dengan foto dalam iklan acah yang disiarkan oleh Modenas.
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
Model ini dijana oleh enjin yang mematuhi piawaian Euro4 berkapasiti 276cc OHC sejukan cecair yang menghasilkan 24 kuasa kuda dan 25Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan transmisi jenis CVT, manakala sistem breknya pula menggunakan cakera 260mm di depan dan cakera 240mm di belakang.
Sistem brek ini turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) jenis Bosch 9.1M. Kapasiti tangki minyaknya ialah 12.5 liter dengan berat 200kg. Ia dilengkapi dengan rim aloi dengan tayar 120/80-14 (depan) dan 150/70-13 (belakang).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
KOMEN TERKINI