ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas lancar skuter Karisma 125S – Tiga pilihan warna, harga dari RM5,397

Berita Tempatan

Views

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) hari ini secara rasminya melancarkan skuter terbaharu mereka iaitu Karisma 125S menerusi pelancaran secara maya.

Generasi pertama Karisma 125 telah diperkenalkan pada Ogos 2003 yang menjadi skuter pertama keluaran syarikat tersebut.

Pada 2016 model facelift Karisma 125 dilancarkan dan sebentar tadi Modenas memperkenalkan model serba baharu Karisma 125S 2022.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Karisma 125S dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 124.8cc suntikan bahan api empat-lejang yang memenuhi piawaian Euro 4 terkini dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Skuter ini mampu menjana 7.0 kW pada 7500 rpm dan 10.0 Nm pada 6000 rpm daya kilas. Kapasiti tangki bahan apinya juga agak besar, iaitu 5.1-liter dan ini sudah semestinya memberikan pemilik skuter ini jarak tunggangan yang lebih jauh.

Karisma 125S didatangkan dengan pilihan tiga warna yang menarik, antaranya Aqua Blue, Duchess Gold dan Mystic Red. Ia menampilkan gaya reka bentuk yang sporty dengan skema warna dan reka corak grafik yang ranggi.

Skuter ini menampilkan sepasang lampu hadapan jenis LED yang didatangkan sekali dengan lampu siang LED (DRL). Selain itu, lampu signal di depan dan juga belakang menggunakan jenis LED.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia turut dilengkapi dengan kelompok meter yang model dengan takat bahan api digital dan sistem kunci serba baharu yang didatangkan degan butang pembuka pelana tempat duduk.

Antara ciri-ciri menarik Karisma 125S baharu adalah ruang kompartmen berkapasiti 14-liter di bawah pelana tempat dudukpelana tempat duduk dengan tambahan poket berkembar.

Skuter ini dilengkapi dengan soket pengecasan USB dan lampu kecemasan dengan reka bentuk yang bergaya. Menurut Ketua Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, pengenalan model baharu ini dapat mengembangkan lagi segmen pasaran skuter di Malaysia.

Harga jualan yang disyorkan untuk model Karisma 125S 2022 ini ialah RM5,397 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dan boleh didapati di kesemua pengedar sah Modenas bermula hari ini dan seterusnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply