ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas pamer Ninja 250 SE ABS dipelancaran NAP 2020

Berita Tempatan

Views

Modenas membuat satu kejutan sempena pelancaran rasmi Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) di di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini dengan mempamerkan hasil usahasama mereka bersama Kawasaki, Ninja 250 SE ABS.

Jentera dua roda dengan enjin berkapasiti 250cc ini adalah hasil pertama yang bakal dipasang di Gurun, sejak Kawasaki Heavy Industries membeli 30 peratus pegangan di dalam Modenas. Boleh dikatakn model yang dipamerkan ini adalah versi tukar lencana kerana tiada sebarang perubahan ketara dapat dilihat, kecuali pelekat nama Modenas yang tertera di bahagian depan.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Menurut infografik spesifikasi yang dipaparkan, motosikal ini dikuasakan oleh enjin dwi silinder selari dengan sejukan cecair 249 cc DOHC, yang mampu menghasilkan kuasa 37 PS pada 12,500 rpm dan 23 Nm daya kilas pada 10,000 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Sistem suspensinya pula menggunakan jenis fork teleskopik 41 mm di hadapan dan monoshock di belakang. Motosikal ini mempunyai kapasiti tangki bahan api sejumlah 14 liter dengan berat bersihnya 167 kilogram. Menurut info dari rakan media kami di Careta.my, Ninja 250 SE ABS bukan satu-satunya model Kawasaki yang akan diperkenalkan oleh Modenas nanti.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Difahamkan menjelang separuh kedua 2020, akan ada lapan (8) model sedang baharu yang telah dirancang oleh Kawasaki-Modenas dan bakal diperkenalkan secara berperingkat yang akan dimulakan dengan Modenas Ninja 250 SE ABS.

Modenas telah melabur sehingga RM5 juta untuk menghasilkan barisan pengeluaran baharu, pengubahsuaian fasiliti, penambahan komponen serta fasiliti pengujian motosikal baharu di Gurun, Kedah, dengan sasaran kandungan tempatan mencecah 50 peratus.

Mereka turut mensasarkan jumlah pengeluaran tahunan sebanyak 1,000 unit untuk model baharu yang dibangunkan bersama Kawasaki, dan ia akan meningkat dari semasa ke semasa. Selain itu, Modenas juga bercadang untuk memfokuskan kepada segemn motosikal di bawah kapasiti 700 cc terlebih dahulu termasuklah segmen street bike, moped dan juga skuter.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bikes Republic dan Facebook

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply