ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Pulsar NS200 2021 tampil dengan warna dan reka corak grafik baharu

Berita Tempatan

Views

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan Pulsar NS200 yang dikemaskini untuk tahun 2021.

Model yang mula diperkenalkan pada 2017 itu, telah dipertingkatkan dengan sistem brek ABS pada 2019 dan kini ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Selain itu, Pulsar NS200 2021 turut menerima reka corak grafik baharu yang lebih ringkas pada badannya. Dari segi harga, ia masih sama seperti sebelumnya, iaitu RM9,655 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Ia dijana oleh enjin silinder tunggal 199.5 cc SOHC empat-lejang sejukan cecair dengan tiga palam pencucuh. Enjin ini mampu menghasilkan 24 kuasa kuda dengan 18.6 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi lima-kelajuan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Model ini turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), fork jenis teleskopik, monoshock, tangki minyak dengan kapasiti 12 liter dan rim bersaiz 17-inci dengan tayar 100/80.

Modenas berkata, setakat ini pihaknya telah berjaya menjual lebih 8,000 unit Pulsar NS200 di seluruh negara, sekali gus menjadikannya streetbike paling popular di pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply