ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Pulsar RS200 2021 kini dengan pilihan warna dan reka corak grafik baharu

Berita Tempatan

Views

Modenas telah memperkenalkan motosikal street bike Pulsar RS200 2021 yang kini ditawarkan pilihan warna dan reka corak grafik yang baharu untuk tahun 2021. Tiga pilihan warna ditawarkan Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Selain pengenalan warna baharu, antara ciri-ciri menarik untuk versi 2021 ini ialah rim aloi berwarna putih, kemasan karbon pada bahagian sisi dan belakang, serta lencana Pulsar di bahagian pelana. Pulsar RS200 masih mengekalkan enjin DTS empat lejang 199.5cc SOHC sejukan cecair yang menjana 24 kuasa kuda dan 18.6 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kapasiti tangki bahan bakar Pulsar RS200 adalah 13 liter. Model ini dilengkapi sistem brek cakera tunggal 300mm di depan dan 230mm di belakang bersama sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di hadapan. Selain itu, ia dipasang dengan penyerap hentak teleskopik bersama sesendal anti geseran di hadapan, manakala penyerap hentak tunggal Nitrox bersama kanister pula dipasang pada bahagian belakang.

Harganya masih sama seperti model sebelumnya, iaitu RM9,990 atas jalan tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Pulsar RS200 akan mula berada di semua wakil pengedar Modenas yang sah mulai esok (26 Mac 2021).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply