ARKIB

KATEGORI

Buletin

Moratorium pelanjutan pembaharuan lesen tidak disambung selepas 30 September – JPJ

Berita Tempatan

Views

Tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September depan.

Menurut K! ONLINE, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguatkuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober depan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

JPJ turut mengingatkan orang ramai agar memperbaharui lesen masing-masing yang telah tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

Pemilik kenderaan yang LKM telah tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

JPJ berkata, orang ramai disaran membuat urusniaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG. Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in).

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, JPJ berkata, pejabat Pos Malaysia dijangka akan memulakan urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.

Selain itu, JPJ juga akan memastikan bekalan dan stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urus niaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply