ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOT larang penggunaan 3 kategori kenderaan jenis mikromobiliti di jalan raya

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) menetapkan larangan penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti membabitkan tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata larangan itu dibuat menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang sudah berkuat kuasa pada 17 Disember lalu.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Beliau berkata, tiga kategori itu termasuklah moped, skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman atau pun kuasa manusia serta Personal Mobiliti Aids (PMA).

Untuk penggunaan basikal, walaupun tidak dilarang namun ia hendaklah mematuhi semua peraturan yang sudah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Bagi basikal dengan bantuan elektrik atau basikal elektrik, hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya.

Ka Siong berkata, penggunaan kenderaan mikromobiliti menerusi percampuran dengan aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya akan menimbulkan risiko berlakunya tragedi sama seperti nahas basikal lajak yang meragut nyawa lapan kanak-kanak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Star

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply