ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motonation 2017 bakal gegar Putrajaya Disember ini!

Views

Procara Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya akan mengadakan pameran auto gaya hidup yang pertama di Malaysia, Motonation 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada bulan Disember ini. Karnival tersebut bakal berlangsung selama tiga hari bermula dari 1 – 3 Disember 2017. Motonation juga merupakan acara pertama dan satu-satunya di rantau Asia Tenggara yang menggabungkan patform Peniagaan ke Perniagaan (B2B) dan Perniagaan ke Pengguna (B2C). Ia bakal menghimpunkan pelbagai sektor seperti pendidikan, perbankan dan insurans serta kementerian yang berkaitan dan badan-badan kerajaan.

Karnival ini bakal menjadi acara yang terbesar di Malaysia dan dijangka bakal menjadi hab berskala besar di bawah satu bumbung untuk pengeluar kereta dan motosikal, pembekal aksesori dan alat ganti automotif, pembekal perkhidmatan dan sokongan (cukai jalan, RoadAssist dan lain-lain), pembekal peralatan dan bengkel, pembekal kosmetik dan spa, pembekal pelekat pembalut badan kenderaan dan filem penapis haba serta pembekal bahan mentah.

Apa yang menarik di Motonation 2017?

  • Pameran kereta, motosikal, alat ganti, aksesori dan rantaian sokongan dalam industri automotif
  • Konsert dan persembahan pentas
  • Pameran dari pemilik garaj dan bengkel persendirian
  • Pengalaman menaiki kereta drift yang dipandu oleh pelumba drift professional
  • Himpunan kelab-kelab pemilik kereta dan motosikal
  • Pameran koleksi automobil dari pengumpul, VIP dan Raja
  • Pertunjukan drift, drag dan perlumbaan dari kelab
  • Aksi lagak ngeri bermotosikal
  • Belon udara panas
  • Permainan kanak-kanak
  • Memanjat dinding
  • Perlumbaan kereta kawalan jauh
  • Pengalaman realiti maya
  • Pertunjukan motocross
  • Go-kart untuk kanak-kanak
  • Trak makanan

Dijangka lebih dari 500,000 pengunjung akan hadir ke Motonation 2017 selama tiga hari yang akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga ke tengah malam. Untuk 2017, Motonation akan mengadakan pertandingan motosikal custom yang bakal disertai oleh peserta dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Pemenang utama bakal menerima tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan penyertaan dalam pertandingan bertaraf dunia di AMD Intermot, Cologne, Jerman.

Pada 2018, Motonation akan mengadakan pertandingan kereta custom dan pemenang bakal menyertai pertandingan SEMA Las Vegas. Bagi tahun 2019, Motonation bercadang untuk menganurkan pertandingan teknologi hijau antara universiti dan kolej dan pemenang akan dihantar ke Jerman untuk menghadiri Konvensyen Teknologi Hijau.

Jom ramai-ramai ke Motonation 2017!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply