ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motosikal bawah 250cc patut diharamkan – Shahrim Tamrin

Berita Tempatan

Views

Aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin berkata, kerajaan patut mengharamkan motosikal berkapasiti rendah di bawah 250cc (kapcai) kerana ia mudah terdedah kepada kemalangan. Katanya kepada The Malaysian Insight, kerajaan sepatutnya hanya membenarkan skuter elektrik dengan kelajuan tidak lebih 80km sejam, seperti di China dan Taiwan.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Secara tidak rasmi, beliau sudah usulkan perkara ini kepada beberapa agensi kerajaan dan akan menghantar satu kertas cadangan untuk kerajaan haramkan motor kapcai. Beliau berkata demikian dalam satu Forum Keselamatan Penunggang Motosikal anjuran Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di Arau, Perlis, kelmarin.

Motosikal jenis kapcai menjadi pilihan penunggang di Malaysia kerana harganya yang mampu milik serta mudah untuk dikendali. Penggunaan skuter elektrik mampu mengelakkan daripada orang ramai menunggang dengan laju selain lebih mesra alam walaupun harganya agak tinggi.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Shahrim turut menempelak cara promosi syarikat pengeluar motosikal yang seolah-olah menggalakkan budaya berlumba di jalan raya. Gesaan beliau turut disokong oleh Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin yang berkata, berdasarkan statistik tahun lalu, kadar kemalangan melibatkan kereta lebih tinggi berbanding motosikal, iaitu 591,399 kereta dan 113,288 motosikal.

Walaubagaimanapun, angka kematian penunggang motosikal adalah jauh lebih tinggi, kira-kira 65 peratus. Adakah wajar motosikal bawah 250cc diharamkan? Apa pandangan anda mengenai cadangan aktivis keselamatan jalan raya ini? Kongsikannya dengan kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply