ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Motosikal Benelli bukan milik Polis

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular beberapa foto motosikal jenama Benelli yang dimuat naik seorang individu dan ia dikatakan kenderaan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun Harian Metro melaporkan pihak polis telah menafikan motosikal tersebut adalah milik mereka.

Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa berkata, setakat ini pihaknya tidak melancarkan sebarang motosikal baharu. Tambahnya lagi, berkemungkinan motosikal tersebut digunakan untuk dipandu uji dan turut mengesahkan ia bukan milik pihaknya.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Gambar berkenaan telah tular di laman sosial berikutan model tersebut tidak pernah digunakan oleh pihak polis. Motosikal yang lengkap dengan pelekat dan lambang polis itu diambil di sebuah balai polis yang tidak dinyatakan. Untuk rekod, terdapat enam jenis model rasmi motosikal yang digunakan pasukan polis sehingga kini.

Antaranya ialah Honda CBX 750P, Honda VFR 800, Honda ST 1300,Kawasaki Ninja 300, Kawasaki KLX 250 dan Kawasaki Z250. Semua model kenderaan terbabit digunakan oleh pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Pasukan Gerakan Khas (PGK).

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply